CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 770|Reply: 8

Wanita Hampir Mati Dipukul, Kecewa Mahkamah Hanya Arah Teman Lelaki Bayar Denda

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita di Scotland, Jordana Rutherford kecewa dengan sistem perundangan yang hanya mengarahkan teman lelakinya, William Weir untuk membayar RM5,512 (£1000) sebagai pampasan atas kecederaan dialaminya.


Mengimbau kembali kenangan buruk tersebut, Jordana yang ketika kejadian berusia 17 tahun menyifatkan insiden tersebut bukan hanya meninggalkan bekas luka kekal pada fizikalnya tetapi juga kesan trauma dan adakalanya menggangu fikiran.


Walaupun kejadian tersebut berlaku pada 2019, Jordana berkongsi semula kisah hitam itu sebagai iktibar buat wanita lain agar mengambil tindakan segera untuk keluar daripada hubungan toksik sebelum berlaku perkara tidak diingini.


"Kejadian itu umpama mimpi ngeri yang sehingga kini masih mengganggu fikiran saya. Di dahi saya masih ada  parut besar. Setiap kali melihat bekas luka itu, saya akan teringat kembali apa yang sudah dia lakukan.


William Weir


"Dulu, saya ingatkan saya mencintai William tetapi kini saya akhirnya menyedari hubungan kami sebenarnya toksik. Hubungan kami penuh dengan pertengkaran. Sebelum saya dipukul teruk, dia pernah beberapa kali bertindak kasar tetapi kemudian meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi


"Mengimbas kembali kejadian itu, dia mengawal kehidupan saya sepenuhnya. Dia tentukan siapa yang boleh saya jumpa dan siapa yang tidak. Dan, saya benarkan dia melakukan perkara itu. Saya muda dan naif. Kalaulah saya dengar nasihat orang sekeliling pada ketika itu," katanya.


Menceritakan semula kejadian tersebut, mereka bersama-sama menghadiri sebuah konsert dan teman lelakinya tanpa rasa bersalah mencium wanita lain dihadapannya. Weir mabuk dan mula berkelakukan tidak senonoh.


Jordana kemudian meninggalkan Weir di konsert tersebut untuk kembali ke hotel. Tidak lama kemudian, Weir tiba dan mula bertindak agresif apabila Jordana ingin memutuskan hubungan mereka.


"Dia mengugut untuk bunuh diri tetapi gagal dia kemudian datang dan memujuk saya. Tanpa mengesyaki apa-apa, saya membantu menanggalkan kasutnya. Tiba-tiba dia menolak saya dengan kuat, menarik rambut saya dan memukul dahi dengan barang.




"Saya terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sudah dia lakukan. Sebaik sahaja terjaga dari pengsan, seluruh badan rasa sakit dan tubuh dipenuhi darah. Pasukan perubatan dan polis ada di sana tetapi William entah hilang ke mana," katanya.





Selepas diperlakukan seperti itu, Jordana berharap Weir sekurang-kurangnya dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya sebagai tanda amaran kepada lelaki lain agar tidak sewenang-wenangnya memperlakukan wanita seperti yang dialaminya.


"Saya rasa kelakar apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tidak setimpal dengan kecederaan yang saya alami. Bagi saya, ada yang tidak kena dengan sistem undang-undang. Saya sangat kecewa," katanya.


Selain diarahkan membayar pampasan, Weir turut diperintahkan untuk melakukan pekerjaan selama 200 jam tanpa gaji.


"Wang tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi. Tidak hairanlah masih ramai lelaki yang tidak takut untuk mendera wanita," katanya.


Sementara itu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan berkelakuan baik terhadap Weir. Keputusan mahkamah akan diperolehi pada Julai nanti. - CARI






Sumber: The Scottish Sun, Mirror & Daily Star









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
scotland pon dah jadi india pakistan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:21 AM | Show all posts
ayoooo.. seram btl hubungan toksik mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 12:05 PM | Show all posts
dah tahu hubungan toksik nak minta putus tu baru la kawan or break dekat tempat publik boleh la orang bantu kalau apa2 jadi..haih nak buat apa2 pikir dulu jangan terjun je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 12:29 PM | Show all posts
scotland pun peguam negara ala tomi tomas ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bf umur berapa masa tu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 12:36 PM | Show all posts
buat la gofundme, upah org pkul dgn teruk ex tu, smpai msuk ICU, pstu bayar je denda £1k tu, selesai mslh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
teruknya perangai jantan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
denda tu bayar kat dia , kan. Kalau kat malaysia … harammm… esp mangsa rogol. sikit pampasan pun perogol tak bayar apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041102 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list