CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2536|Reply: 32

[Tempatan] Inspektor didakwa rogol, lakukan seks luar tabii, cabul tahanan wanita

[Copy link]
Post time 7-4-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengiringi Teevagar Gabrialnayagam (kiri) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Inspektor didakwa rogol, lakukan seks luar tabii, cabul tahanan wanita

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, lakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita di pejabatnya tahun lalu.

Tertuduh, A. Teevagar Gabrialnayagam,30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol Nur E’zzati Diyana Mohd. Daud,29, dengan kerelaannya yang diperoleh oleh tertuduh menggunakan kedudukan kuasa terhadap mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, Teevagar Gabrialnayagam didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita sama dengan niat untuk melakukan pencabulan terhadap kehormatannya.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di bilik pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 3 petang hingga 5.30 petang pada 5 Jun 2021.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai merogol seorang tahanan wanita yang juga janda di pejabatnya di IPD Kota Bharu di sini.

Tidak cukup dengan itu, wanita yang mempunyai dua anak tersebut dipaksa melakukan seks oral oleh pegawai polis itu.

Berdasarkan siasatan, wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama bersama bekas suaminya selepas dipercayai memiliki pil kuda dan syabu pada 4 Jun lalu.

Siasatan mendapati, pegawai polis itu memaklumkan bahawa kes yang dihadapi wanita tersebut boleh diselesaikan sekiranya dia menuruti kehendaknya.

Bagaimanapun, wanita itu dan bekas suaminya telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 15 Jun tahun lalu bersama bekas suaminya atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine. -KOSMO! ONLINE

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... bul-tahanan-wanita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipd kb kat pengkalan chepa tu lah kan?

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
First time tengok nama tamil digabung jadi satu dengan nama nasrani. Kelas kau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:34 PM | Show all posts
Keling vs melayu ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:35 PM | Show all posts
igtkn cyberjaya je penuh blacked
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:36 PM | Show all posts
kejinya. boleh dia bersenggama tengahari buta di opis. takde org dengar or nampak ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik sekarang bukan zaman ph..kalau tak lepas ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 buat side deal, pastu kena hukum bersalah...so, apa lg i jump u jump
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 7-4-2022 01:36 PM
kejinya. boleh dia bersenggama tengahari buta di opis. takde org dengar or nampak ke

bilik io kalau kat pengkalan Chepa tu memang tertutup...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:47 PM | Show all posts
ni pasal ko tak ejas 39B tu jeeee

cuba ko ejas bg laki dia je kena sorang , dia lepas

mau nya nak report

risiko jadi bodoh berjimak dgn oyds ni la dia

bila2 masa boleh kena game
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lepas punya pasal? ke atau mmg paksaan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 01:54 PM | Show all posts
hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:23 PM | Show all posts
Xdak cctv ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:24 PM | Show all posts
bangsa india ni, walaupun di negara india sendiri, memang ramai perogol dan peliwat...mana2 forumer ada DNA india dlm badan tu, hati2...sifat rapist tu kuat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:57 PM | Show all posts
Bideonya mana? Ahaaak... ahakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 03:08 PM | Show all posts
takda saksi atau cctv?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 03:10 PM | Show all posts
IO soal siasat tahanan dlm bilik sendiri, bukan dlm bilik soal siasat?
Banyak betul peluang2 salah guna kuasa yea...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 03:31 PM | Show all posts
dia ingat tomi masih lagi peguam negara
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga menerima hukuman setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 05:24 PM | Show all posts
alahai ruginyaaa..cuba le keje elok elok cerah masa depan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049078 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list