CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 8

[Dunia] Pakar bedah didakwa keluarkan jantung banduan ketika masih hidup

[Copy link]
Post time 7-4-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode

AKTIVIS melakukan demonstrasi di luar Istana Belem di Portugal bagi menentang aktiviti pengambilan organ. – Corbis/Getty

Pakar bedah didakwa keluarkan jantung banduan ketika masih hidup

CANBERRA – Satu kajian baharu di Australia mendedahkan bahawa doktor-doktor bedah mengeluarkan jantung dan paru-paru banduan hukuman mati di China ketika mereka masih hidup, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kajian oleh Universiti Nasional Australia (ANU) yang meneliti beribu-ribu kertas perubatan dari China itu sekali gus telah membongkar rahsia yang mengejutkan berkaitan pemerdagangan organ manusia.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Transplantation itu mendapati punca kematian banduan yang disahkan adalah tidak selari dengan prosedur perubatan yang disenaraikan di 56 hospital seluruh China.

Sebaliknya ia mendakwa bahawa jantung-jantung banduan telah diambil dari badan sebelum mereka mengalami keadaan mati otak untuk diberikan kepada penerima melalui proses pemindahan.

Penyokong hak asasi manusia berkata, bukti baharu yang semakin bertambah itu memperincikan mengenai situasi mengerikan bagi pembunuhan di China. Ia dikatakan terlalu mengerikan untuk dipercayai.

Seorang penyelidik dari ANU, Matthew Robertson berkata, kajian berkenaan adalah penyelidikan komprehensif pertama yang mendedahkan mengenai kegiatan aktif pakar-pakar bedah di China.

Menurut penyelidik, penemuan tersebut menunjukkan bagaimana proses pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan boleh ‘berubah’ daripada menggunakan skuad penembak di padang ke bilik pembedahan.

“Pakar-pakar bedah dijadikan sebagai orang yang melaksanakan hukuman mati dan kaedah itu adalah dengan mengeluarkan jantung banduan. Pembedahan itu sangat menguntungkan bagi doktor dan hospital yang menjalankannya,” kata penyelidik.

Pembedahan itu dikatakan dijalankan terhadap banduan yang dijatuhi hukuman mati dan dipenjarakan kerana mempunyai pegangan agama atau politik yang tidak diterima oleh negara. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ketika-masih-hidup/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
harap kat malaysia boleh buat macam ni.kalau kena hukuman mati semua organ boleh di tuai...baru la mat pet dan pengedar tak berani buat onar
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kan camtu, banduan2 tu tetap mati juga regardless... at least boleh harvest jantung, hati buah pinggang etc daripada pakai jantung babi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti penerima ada inclination nak buat mcm banduan tu waktu banduan tu masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebentar lagi para penjilat tok peh kung komunis akan berteriak "Ini semua bohong! Orang putih dengki dengan Cina!"
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo sume orang sign up as organ donor takdenye benda2 gini dan organ trafficking jadi. manusia mmg selfish.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2022 02:21 PM | Show all posts
hukuman ganas mcm ni bagus, mengelakkan manusia membuat jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
#Acap

Aku pecaye sangat kes dia begitu sebab dia runner & sehat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembedahan itu dikatakan dijalankan terhadap banduan yang dijatuhi hukuman mati dan dipenjarakan kerana mempunyai pegangan agama atau politik yang tidak diterima oleh negara.

Korang ada baca part ni tak sebelum komen?

Ntah2 ummah Uighur yang kena. Ha.

Akak baru nak sokong sebab ingatkan pedo ka, rapist ka yang kena. Rupa2nya banduan sebegini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.110187 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list