CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 10

"Tak Nampak Effort" – Wanita 'Reject' Lelaki Sebab Tak Bayarkan Kopi Semasa First Date

[Copy link]
Post time 7-4-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Reddit




Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menilai seseorang itu layak atau tidak menjadi pasangannya, ketika first date pula selalunya si lelaki yang akan menanggung semua perbelanjaan, namun ia bukanlah satu kewajiban dan tidak sepatutnya kita meletakkan beban itu pada satu pihak sahaja.


Sumber: Google Image




Namun, tidak sangka ada yang anggap ia satu kewajiban bagi pihak lelaki untuk membayar makanan sehingga ada lelaki yang terus kena reject.
Kes yang sama juga terjadi kepada lelaki yang bernasib malang ini.


Perkara itu didedahkan oleh lelaki tersebut apabila dia memuat naik chat diantara dia dan kekasih 'tak jadi' di Reddit. Di awal chat tersebut, wanita itu menegaskan bahawa dia mahu menamatkan sesi perkenalan selepas first date mereka.


Sumber: Reddit







Apabila ditanya kenapa dia mahu menamatkan sesi perkenalan mereka, wanita ini terus mengeluarkan hujahnya berkenaan dengan mengatakan bahawa lelaki itu langsung tidak offer untuk membayar makan makan malam mereka.


Jelas wanita itu, dia mempunyai duit sendiri untuk membayar segalanya namun dia mahu melihat effort dari lelaki itu sendiri.


Sumber: Reddit







Malah, wanita itu juga mengatakan bahawa dia mempunyai satu firasat yang mengatakan lelaki itu tidak serius berkenaan hubungan itu dan pemalas. Tambahnya lagi, dia tidak mencari hubungan di mana hanya sebelah pihak sahaja yang menanggung semua beban.


Perkongsian yang dikongsikan itu telah mendapat lebih daripada 7,700 komen dimana ramai lelaki tampil untuk backup lelaki yang malang itu. Namun ada juga yang mengatakan bahawa tindakan wanita tersebut betul kerana dia sudah menyelamatkan dirinya daripada membela 'biawak hidup'.


Sumber: Reddit






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Girl was right uols. Tengok respon jantan tu ja pun tahu he's not worth it.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls setuju ngn decision ppuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo, first date da kedekut.
Memang harus la kena tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes aku sokong tindakan perempuan tu juga. Effort tu kena ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
1st date pon dh kena byr asing2.. tinggalkan je la.. bg akula, maksud byr sesama kalau kuar date, bukannya asing-asing bil. Tp time makan, lelaki byr sume, time tgk wayang, turn pompuan pulak byr.. barulah x nmpk cheapskate n selfish disitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju.. takat secawan air pun nak berkira..[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
$5 je pun malas nak byr. Elokla awal2 kena tinggal padan muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 08:18 AM | Show all posts
aku setuju dgn perempuan tu. takat $5 pun kau kedekkkk..
belum lagi awek tu ajak fine dine in
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:36 AM | Show all posts
right decision sisthurrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:00 PM | Show all posts
right decision sisthur.. sbb nt kalau terlekat susah... nt asyik makan ati je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 1.186644 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list