View: 3030|Reply: 48
|
[Tempatan]
Pelitup muka Sirim: Penguatkuasaan tangguh hingga 2023
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kerajaan menangguhkan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sehingga 1 Januari 2023.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu mengambil kira maklum balas diterima daripada masyarakat umum dan pelbagai pihak.
Katanya, perintah itu diwartakan pada 5 April lalu sepatutnya berkuat kuasa pada 4 Julai ini, manakala Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 yang diwartakan pada tarikh sama berkuat kuasa pada 3 Ogos.
"Tujuan pewartaan ini adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara ataupun diimport mempunyai penandaan MS Sirim, mematuhi standard dan berkualiti demi keselamatan pengguna.
"Usaha ini juga diambil bagi meningkatkan perlindungan dan keselamatan pengguna melalui pembudayaan standard serta mengatasi masalah lambakan barangan sub-standard dalam pasaran tempatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.
Alexander berkata, pengilang dan pengimport kedua-dua produk berkenaan wajib membuat perakuan dan memperoleh penandaan MS Sirim daripada Sirim Qas International Sdn Bhd yang merupakan pihak berkuasa lantikan kementerian.
"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport, yang mana syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
"Bagi individu (pengeluar/pengimport) boleh didenda tidak melebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, sementara denda tidak melebihi RM250,00 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua atau berikutnya," katanya.
Menurutnya lagi, pewartaan itu adalah inisiatif kerajaan atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
"KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang tidak berkualiti dalam pasaran Malaysia dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport " katanya yang turut memberitahu pihaknya yakin harga produk tidak akan meningkat.
Sumber
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah tahun 2023 masih kena pakai face mask?
|
|
|
|
|
|
|
|
kena lah tu katanya dah bg kontrak pd menantu pak mail takkan pak mail bodoh pulakk nak tarikk balikk wajib pakaii maskk, tak sempatt nak buat duitt lagiii betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 02:59 AM
@ultra78 tersenyum sinis
Tapi tiada siapa nampak kerana pakai mask |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tangguh sampai Barang Naik menang selesa PRU15 nanti..lepas tu hadap la kau
otak pemimpin BN tgh fikir seribu satu cara utk sedut duit kau bila dh kembali berkuasa nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat dh bising2 and dh bagi hujah2 yg bernas psl apa jadah pakai facemask cap sirim ni, barulah gomen mael tehegeh2 nak tarik balik.
Sblm nak announce tu mmg team mael ni sume bodoh ke? Takde buat scenario planning ke utk fikir any consequences effects? Ke team mael ni semuanya bodoh bangang abadi? Stok2 pegawai yg incompetent and masuk keje guna kabel |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dahlah dah stok sampai 600 keping mask. tak patut betul kerajaan tiba2 jer sedar nak buat duit lepas tu cepat2 nak laksanakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya lagi delapan bulan toh? |
|
|
|
|
|
|
|
patut lah beriye
ade deal |
|
|
|
|
|
|
|
Tension...sampai bila la nka kena pakai mask ni.,cargas la masing2 nak cipta mask sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 8-4-2022 08:27 AM
Rakyat dh bising2 and dh bagi hujah2 yg bernas psl apa jadah pakai facemask cap sirim ni, barulah go ...
Einstein klau masuk umngok pun teruih jd bodow sis |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 8-4-2022 08:46 AM
Sebelum ni kejei kontrol pak mentua...skrg jobian mendaki |
|
|
|
|
|
|
|
So jovian mask bakalan ada cop sirim ye daddy... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kkm pentingkan brp layer mask yg seeloknye utk protection yg terbaik. skrg gomen nk suh pki mask ber cap kan sirim. ape kejadah ni sume.
i akan sokong kalau mask cap sirim dijamin TAKKAN kene covid.
so next, sanitizer cap sirim jua? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm , alhamdulillah , baguslah, tak payah buat bebenda yg dah u rasa pun dah tak effect. sebab masa dulu KKM yg banyak handle bebenda macam ni. So , sepatutnya u SIRIM kena buat ni sama dengan KKM, bukan la ni baru nak bertindak. Org dah stock 2 kotak dah so...memang public outcry memang marahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya SETUJU..PRU-15...DISEGERAKAN.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|