CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 18

[Tempatan] Ketika bazar Ramadan lain harga RM5-RM6, masih ada yg jual murtabak cuma RM2.50

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Jual martabak RM2.50
ROSILAWATI ROSEDI | | 11 April 2022

LIPIS - "Saya tetap rasa tak sampai hati jual dengan harga RM2.50 sekeping," kata seorang peniaga martabak, Nur Fatihah Kamil,30 di Kampung Aur Gading di sini.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos barangan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memilih untuk mengekalkan harga jualan menu popular tersebut pada tahun ini.

Menurutnya, martabak daging yang dijual di gerainya sejak lima tahun lalu adalah hasil resipi ibu dan hanya dijual pada bulan Ramadan selain ditebar sendiri oleh Nur Fatihah.

"Kalau bulan biasa, saya jual roti canai RM0.50 sekeping dan kemahiran menebar ini diperoleh daripada bapa, Md Kamil Abdullah kerana keluarga juga melakukan perniagaan sama di Kelantan.


Martabak daging yang dijual dengan harga RM2.50 sekeping oleh Nur Fatihah

"Ini pun saya rasa macam tak sanggup jual dengan harga RM2.50 sekeping memikirkan orang lain yang kurang berkemampuan, ramai anak mesti rasa terbeban nak beli banyak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ujarnya, setiap hari sebanyak 300 keping terjual dan mengakui tidak dapat menghasilkan lebih banyak martabak kerana seorang diri menebar selain dibantu suaminya, Mohd Fauzan Borhan,37 di gerai tersebut.

"Saya bersyukur kerana suami pun berpandangan sama dan setuju untuk menjual dengan harga tersebut.

"Selain jual di gerai, saya juga mendapat tempahan dari pihak masjid, surau dan asrama sekolah berhampiran," jelasnya ibu kepada dua cahaya mata itu.


sumber: sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2022 10:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
jariah ke ni, tak tau ke benda mcm ni bunuh market, logiknya dgn harga brg semua naik, boleh ke jual harga lama

ni klu kat group2 wa peniaga ni mesti heboh org membawang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2022 10:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:20 AM | Show all posts
Ini murtabak ke omelette?  Nipis nya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 11-4-2022 10:20 AM
Ini murtabak ke omelette?  Nipis nya..

2.50 kan padanlaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 10:35 AM | Show all posts
nipis macam tu, berbaloi la rm2.50..
nak nak kalau inti, 80% bawang 1% ayam/daging..
yang lain telur and kulit
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 01:54 PM | Show all posts
nipis.. padan le dgn harga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 02:02 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 11-4-2022 10:35 AM
nipis macam tu, berbaloi la rm2.50..
nak nak kalau inti, 80% bawang 1% ayam/daging..
yang lain telu ...

member aku anto pic murtabak last week
nipis mcm roti canai tapi rege RM5
mujur sedap dia kata

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanla nipis pun..harga baru RM2.50..kat tempat iols ni murtabak ayam RM5, murtabak daging RM7..bukan tebal sangat pun..beli dua kali ja nak lepaskan gian bulan puasa teringin berbuka murtabak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi lah kan, dua setengah dengan nipis begitu. Patut serba salah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Murtabak i suka rm3 jah. Dari sblm pkp mmg rm3. Mmg nipis tp nipis ni yg lg sedap dari yg tebal. Tebal2 tu rasa telur kuat, bawang & rempah jah. Daging apa pon xde. Yg rm3 jugak boleh nmpk ketulan daging walaupon ciput tp sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:02 PM | Show all posts
murtabak oksigen ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:03 PM | Show all posts
Hari2 beli Murtabak Wak Rojen Kg Melayu Subang RM3.50
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:18 PM | Show all posts
Kalau ada masa, boleh buat sendiri kat rumah guna filo pastry untuk kulit.  Dulu masa puasa obersea teringin iols google camne nak buat sekali jumpa yg tak payah nak pening canai kulit bagai..selamat mencuba.  


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 11-4-2022 10:12 AM

Dewan Bahasa dan Malapetaka pun bodoh, Murta tu telur, bak tu singkatan barota, roti perata, barota taruk murta jadi murtabak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 10:24 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 11-4-2022 06:36 PM
Dewan Bahasa dan Malapetaka pun bodoh, Murta tu telur, bak tu singkatan barota, roti perata, barot ...

terbaik lah sis kaki, MN eh... anak siapa lah ni


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
i beli murtabak kat mamak kecik je rm5 tapi memang rasa intinya..kalau ayam, semua ayam takde bawang2 bagai..puas la makan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Murtabak malaysia mcmni.. Kalau murtabak Indonesia tu, apam balik kan tapi dorg panggil murtabak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049987 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list