CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 7

[Tempatan] RON95 bukan untuk kenderaan asing

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode
RON95 bukan untuk kenderaan asing

https://www.utusan.com.my/nasion ... uk-kenderaan-asing/

Oleh SOFIAN BAHAROM
11 April 2022, 11:52 am


Petrol RON95 yang diberi subsidi oleh kerajaan sepatutnya hanya dijual kepada rakyat tempatan.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP) mengulangi peringatan bahawa kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi minyak menggunakan RON95.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook, KPDNHEP menegaskan, kenderaan bernombor pendaftaran asing hanya boleh menggunakan minyak RON97.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Malaysia. Kenderaan bernombor pendaftaran asing boleh menggunakan RON97 sahaja. RON95 hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sahaja,” katanya hari ini.

Sebelum ini, tular dala media sosial gambar-gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95.

Hal ini sedangkan minyak jenis itu adalah barang kawalan dan dikhususkan kepada warganegara Malaysia sahaja.

Hanya RON97 dibenarkan dijual kepada kenderaan asing manakala RON95 dilarang kerana ia bahan api subsidi dan tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) akan dikenakan penalti. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 02:54 PM | Show all posts
mengulangi dan mengulangi dan mengulangi dan mengulangi

enforcement tahik

org luar sedap makan barang bersubsidi utk marhaen kita

bodo gila
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:03 PM | Show all posts
remove ja lah subsidi tu

selesai masalah. gomen pun boleh raise income. itu pun nak kena ajar.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Atokcow ijau mumia fossil ron97tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ron 95 x sedap guna....enjin kuat lepas tu x smooth...97 sgt ok...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:22 PM | Show all posts
Warga singapore masuk Malaysia nak guna 95, orang Malaysia sendiri nak guna 97.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Shell Power Racing......anything lesser, aku haramkheun masuk tank GLC 250 aku....

Sekian.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:33 PM | Show all posts
Capitalism gone wrong - jual tapi tak bagi orang beli

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.321495 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list