CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 1

Pekerja Keranda Kerat Jari Kelingking Bukti Tiada Kaitan Dengan Kematian Kekasih

[Copy link]
Post time 11-4-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pekerja perkhidmatan keranda dibelasah menggunakan rantai besi selain ditampar oleh rakannya sendiri dalam dua kejadian berasingan baru-baru ini.


Mangsa berusia 36 tahun juga hilang satu jari kelingking sebelah kiri selepas pertengkaran mulut dengan suspek berusia 49 tahun.




Hoong Fong (kiri) menunjukkan gambar Guang Ming (kanan) yang diburu.





Kesemua insiden itu berlaku pada November tahun lalu dan semalam di Taman Chi Liung disebabkan suspek marah selepas rakan wanitanya yang juga kekasih mangsa mati dengan cara membunuh diri pada 9 November tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pukul 1.04 pagi tadi memaklumkan telah ditampar rakan lelaki selepas berlaku pertengkaran mulut dalam kejadian pukul 8.30 malam pada 13 November tahun lalu itu.


Katanya, suspek turut mencabar mangsa untuk memotong jarinya sekira dia tidak mempunyai apa-apa kaitan tentang kematian teman wanitanya berusia 35 tahun.


“Bagi membuktikan kebenarannya, mangsa telah mengambil sebilah pisau dan memotong jari kelingking sebelah kiri.


“Setelah itu, mangsa telah pengsan dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Namun didapati mangsa tidak membuat laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.


Beliau memberitahu, mangsa turut memaklumkan telah dipukul menggunakan seutas rantai besi di belakang badan, kepala, tangan kiri dan kakinya.


Kata Hoong Fong, setelah itu mangsa beredar dari rumah majikannya.


“Semasa kedua dua kejadian ini, suspek membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit suspek.


“Polis juga tidak menolak kemungkinan penglibatan suspek dalam kongi gelap berdasarkan pelakuan suspek dalam rakaman video yang tular itu,” jelasnya.




Sumber: KOSMO!ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk thread reporter cari ingatkan berlaku kat indon.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041451 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list