CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 0

[Tempatan] Jangkitan paru-paru kronik punca kematian OKT

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Jangkitan paru-paru kronik punca kematian OKTPengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad. - BERNAMA/ARKIB

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memaklumkan bahawa kematian seorang lelaki warga tempatan di lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Sabtu lalu, berpunca daripada jangkitan paru-paru kronik dengan COVID-19.

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang menjalankan bedah siasat ke atas tahanan tersebut hari ini, mengesahkan punca kematian akibat acute on chronic lung infection with underlying pulmonary tuberculosis with COVID-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad dalam kenyataan di sini, memaklumkan bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang juga Orang Kena Tahan (OKT) disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kuantan pada 6.35 petang Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner untuk keputusan.

Pada 21 Mac lalu, Azri dilapor berkata, lelaki terbabit telah dihantar ke lokap berkenaan bagi menjalani hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia juga sepatutnya menghadapi pertuduhan di mahkamah pada 14 April ini bagi kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) akta yang sama. - BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037722 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list