CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 0

[Dunia] Ukraine bersedia hadapi serangan Russia di timur Donbas

[Copy link]
Post time 12-4-2022 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Ukraine bersedia hadapi serangan Russia di timur Donbas


Tentera Ukraine menembak pelancar roket BM-21 "Grad" terhadap kedudukan pasukan tentera Russia dekat Lugansk, di wilayah Donbas. - Foto AFP

LVIV: Russia dijangka akan memulakan serangan di kawasan timur Donbas dalam usahanya menakluk wilayah itu selepas pasukan tentera Moscow dihalau dari Kyiv.

Ukraine sudah menjangkakan perkara itu dan memaklumkan bahawa sasaran utama Russia di Donbas adalah pelabuhan Mariupol, di mana ribuan orang dipercayai terbunuh selepas dikepung selama hampir tujuh minggu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata Russia sedang mengumpulkan ribuan tenteranya di kawasan itu bagi melakukan serangan baharu.

Sementara itu, pemimpin Kesatuan Eropah (EU) Canselor Austria, Karl Nehammer, yang bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata 'serangan berskala besar sedang dipersiapkan'.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia ... sia-di-timur-donbas

Nehammer, satu-satunya pemimpin yang bertemu Putin secara bersemuka sejak perang tercetus pada 24 Februari lalu, berkata sekatan Barat terhadap Moscow dijangka diperhebatkan selagi pencerobohan diteruskan.

"Memberi tahu Putin sekali adalah tidak cukup, 10 kali tidak cukup. Ia perlu dilakukan 100 kali," katanya.

Russia yang sebelum ini mengundurkan pasukan tenteranya dari utara Ukraine, termasuk pinggir ibu kota Kyiv, kini, mengalihkan perhatiannya kepada Donbas.

Ia menuntut Ukraine untuk menyerahkan kawalannya ke atas wilayah di sana kepada pejuang pemisah, dalam misi utama Russia yang digelar 'operasi khas ketenteraan' terhadap jirannya.

Penawanan Mariupol, yang juga pelabuhan utama di timur, akan membolehkan Moscow menghubungkan tenteranya untuk mara ke timur bersama pasukan di wilayah Crimea di selatan.

Ia bagi menumpukan usaha kepada percubaan baharu Russia untuk mengepung pasukan utama Ukraine di timur.

Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada Putin untuk mengundurkan pasukannya dengan mengharamkan dagangan minyak dan gas dari Russia serta menggalakkan sekutunya untuk melakukan perkara sama.

Ia turut memberi amaran bahawa Moscow cuba untuk memberi bekalan dan menguatkan pasukannya di Donban.

Bagaimanapun, kuasa besar dunia termasuk China dan India enggan melakukan sekatan ke atas Russia.

Didorong oleh diskaun minyak yang tinggi, India membeli lebih banyak minyak mentah berbanding tahun lalu dari Russia sejak pencerobohan bermula.

Dalam panggilan video, Presiden AS, Joe Biden, memberitahu Perdana Menteri India,

Narendra Modi, bahawa adalah bercanggah dengan kepentingan India untuk terus membeli minyak daripada Russia.

Modi bagaimanapun, dalam perbincangan dengan Russia baru-baru ini, mencadangkan supaya Putin mengadakan perbincangan terus dengan Zelensky. - REUTERS

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.330533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list