CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

Video Tular Polis Ambil Duit Rasuah Dalam Siasatan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan anggotanya menerima rasuah daripada seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggotanya sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah.




Tangkap layar video memaparkan kenderaan polis yang dikatakan menerima rasuah daripada seorang lelaki. (Kanan: Wang rasuah bernilai RM200 yang diberikan kepada anggota polis





"Telah tular satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan anggota polis didakwa menerima rasuah daripada seorang lelaki.


"Kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran sebuah bank di Jalan Bagan Ajam, Butterworth," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Mohd Radzi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada Isnin lalu.


Berikutan itu katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.


Dalam video berdurasi 1.01 minit itu memaparkan seorang lelaki memegang wang kertas dipercayai RM200 dalam sebuah kereta sebelum dia turun menyerahkan wang itu kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda.


Bagaimanapun tidak kelihatan dalam rakaman perbuatan lelaki itu menyerahkan wang tersebut.


Tidak lama kemudian kelihatan kenderaan polis itu bergerak dan lelaki terbabit kembali semula ke dalam keretanya sebelum dia mengecam perbuatan polis yang meminta rasuah daripadanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 08:24 AM | Show all posts
pkra biasa je dlm polis tp viral dgn tak je la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059594 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list