CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2564|Reply: 28

[Tempatan] Wanita dicabul dalam bas dari Kelantan ke Melaka

[Copy link]
Post time 8-5-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode

Wanita dicabul dalam bas dari Kelantan ke Melaka




Di Terminal Melaka Sentral, Melaka Tengah inilah seorang pemandu bas ditahan kerana mencabul penumpang wanita hari ini.

MELAKA – Seorang pemandu bas ditahan di Melaka Sentral di sini, hari ini selepas disyaki mencabul seorang penumpang wanita ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke negeri ini.

Suspek berusia 27 tahun itu dicekup sebaik sahaja kenderaan yang dipandunya tiba di terminal tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, sebaik menerima maklumat, pihaknya digerakkan ke terminal untuk menunggu ketibaan bas tersebut.

“Mangsa dicabul ketika bas itu berhenti di Ajil, Terengganu pada pukul 4 pagi. Ketika kejadian wanita itu sedang tidur sebelum terjaga selepas badannya disentuh,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah di sini pada pukul 12 tengah hari tadi dan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.

Kejadian itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 41 saat di laman Facebooknya.

Menurut Muhammad Akmal, beliau menerima kiriman mesej daripada kenalan Facebook yang memaklumkan kejadian itu dan diminta supaya menyelamatkan mangsa.

“Rakan saya memaklumkan kawannya dicabul pemandu bas dan saya meminta nombor telefon untuk menghubunginya.

“Mangsa tidak menjerit kerana takut dan hanya menangis selepas kejadian tersebut,” katanya.

Tambhanya, beliau dan beberapa rakan menunggu bas tersebut di terminal bagi memastikan suspek diberkas dan mangsa diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... kelantan-ke-melaka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya. Jgn jadi cam kes dulu tu kena rogol ngan pemandu bas sskjp. Kalau naik bas yg x ramai org ni seramm. Nasib skrg ada hp, leh rakam masuk tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kelantan darul r@g@l
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
serangnyaaaa...dh lama xnaikk bass..sblm covid ada jgk naik bas kalau flight mahal..i naik bas mutiara atau perdana..so far ok la driver2 nya..
pernah naik bas xde nama masa raya..time tu sorg2..nk raya haji..hazabbbb..last la kot...flight mhl i sgup naik flight dr bas tambah tambah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:52 PM | Show all posts
Ada vid rakaman dia kena cabul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat report pkl 12.....
Driver tu kena tahan pkl 10.30am....
Mcmana tu....dia report thru phone ke....maksudnya sblm bas sampai, dia dah call polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 09:00 PM | Show all posts
jenis bangang yang macam mana tu ya takkanlah dia tak terfikir dia boleh senang2 kena tangkap?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Very the disgusting la geng2 pak lebai nih, bobit kan sajer depa nih. Yang pompuan plak mesti ada lebih dari satu laki, sexual maniac sungguh depa nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 09:19 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 8-5-2022 09:07 PM
Very the disgusting la geng2 pak lebai nih, bobit kan sajer depa nih. Yang pompuan plak mesti ada le ...

akibat terlebih dos budu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:33 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 8-5-2022 08:57 PM
Dia buat report pkl 12.....
Driver tu kena tahan pkl 10.30am....
Mcmana tu....dia report thru phone  ...

kejadian 4 pagi atas bas, polis tangkap 10.30 pagi tunggu kat stesen
kemudian 12 PM mangsa pi Balai buat report

swift action sebab YB terlibat sama

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 8-5-2022 08:57 PM
Dia buat report pkl 12.....
Driver tu kena tahan pkl 10.30am....
Mcmana tu....dia report thru phone  ...

Aku pun tengah pikir jugak bab ni..katanya driver ditangkap sejurus tiba..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:37 PM | Show all posts
edee_91 replied at 8-5-2022 09:00 PM
jenis bangang yang macam mana tu ya takkanlah dia tak terfikir dia boleh senang2 kena tangkap?

dah biasa buat le kot

mungkin mangsa2 sebelum ni tak pursue sampai ke pihak berkuasa. Silap dia lah kali ni dapat mangsa ada connection.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur sheols tak dirogol macam kes aruah yang dijerut mati dengan tudung sendiri tu. Ai dah tak ingat nama. Mungkin sebab berani melawan dan driver tak gila sadistic sangat, maka mangsa selamat dari diperlakukan lebih teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-5-2022 09:37 PM
Syukur sheols tak dirogol macam kes aruah yang dijerut mati dengan tudung sendiri tu. Ai dah tak ing ...

Baru je bercerita dgn ank pasal kes arwah norsuzaily ni
Kwn skolah adik aku, manis orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 8-5-2022 02:00 PM
Baru je bercerita dgn ank pasal kes arwah norsuzaily ni
Kwn skolah adik aku, manis orgnya

Iya. Lawa aruah di mata ai. Kesian betul ada peluang dia nak selamat, tapi orang sekeliling tak peduli...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols penah naik bas mlm, iols sorg pompuan laki ada 4 ke 5 org. Drebar india masa tu suh iols duk seat dpn je.. pastu kat shell tol duta dia panggil bas lain yg nk gi kedah gak suh iols naik bas tu..

Seb baik drebar masa tu bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2022 09:33 PM
kejadian 4 pagi atas bas, polis tangkap 10.30 pagi tunggu kat stesen
kemudian 12 PM mangsa pi Bala ...

Mcmana polis tau.....
Dia upload kat tiktok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-5-2022 10:04 PM
Iya. Lawa aruah di mata ai. Kesian betul ada peluang dia nak selamat, tapi orang sekeliling tak pe ...

1st day dia nk mendaftar diri sbg engineer kat hosp klang.....

Masa dia nk gi UK, parents dia menangis² tak bg pegi sbb ank pompuan nk dok jauh pulak kannn.....tapi kena bunuh kat msia.....

Tunang dia dah kawin.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk ngat nengok porn.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2022 09:33 PM
kejadian 4 pagi atas bas, polis tangkap 10.30 pagi tunggu kat stesen
kemudian 12 PM mangsa pi Bala ...

Iols rasa begini.

Ada org dlm bas / atau kawan mangsa yg friend kat FB YB tu. Jadi selepas kejadian, kawan ni tadi sent PM kpd YB. Tu yg YB standby kat bus stand, bawak geng utk cekup driver pastu bawa mangsa gi buat report.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.113739 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list