CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 4

Lagi Mangsa Macau Scam, Arkitek Rugi RM121 Ribu Ditipu

[Copy link]
Post time 10-5-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuching: Arkitek kerugian RM121,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Mahkamah Langkawi.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa berusia 35 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Mohd Rizuan' pada 1 Mac lalu.


Menurutnya, lelaki yang mendakwa dari Mahkamah Langkawi itu menyatakan mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram.




Foto: AWANI




"Mangsa menafikan dakwaan itu dan kemudian talian telefon disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai 'Sarjan Farah' dari Balai Polis Langkawi.


"Suspek menawarkan untuk membantu mangsa membuat laporan penafian serta meminta bayaran untuk audit dan siasatan Jabatan Audit Negara bahawa wang milik pengadu bukan wang haram," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, mangsa kemudian menerima panggilan daripada beberapa nombor telefon yang mengarahkannya membuat bayaran ke beberapa akaun bank bagi bayaran audit dan siasatan.


"Mangsa membuat 11 transaksi pemindahan wang yang keseluruhannya berjumlah RM121,000 ke empat akaun bank atas nama individu berlainan antara 1 Mac hingga 12 April lalu.


"Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas semua nombor telefon yang menghubunginya sebelum ini gagal dihubungi," katanya.


Katanya, mangsa membuat laporan polis, semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


"Orang ramai harus tidak mudah panik atau cemas apabila menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali.


"Mereka boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui 'check scammers CCID' atau menerusi laman web http://semakmule.rmp.gov.my," katanya.


Katanya, orang ramai boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center melalui talian 03-26101559 atau CCID Infoline di talian 013-211222 (WhatsApp/SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah dalam talian. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Najibun kena scam masuk billion2 dlm acc tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:18 PM | Show all posts
Kalau polis nak tangkap kau, polis dah datang terus rumah. Takde la nak call bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain agensi tak boleh sambungkan panggilan mcm tu jer..itu maknenye scam...kalau mahkamah ade surat sampai rumah...tp kejadahnye mahkamah cari kau dulu....mesti lah polis cari kt rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:52 PM | Show all posts
Scammer yang call aku semua suara budak kelas belakang. Try hard nak buat ayat skema tapi bunyi bodoh giler.

So far tak jumpa lagi yang cerdik, ka memang takde.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list