View: 2347|Reply: 24
|
[Tempatan]
Penyanyi terkilan kekasih digelar 'negro', minta masyarakat berhati-hati
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 10-5-2022 11:50 PM
PETALING JAYA – Sedikit terkilan dengan penggunaan perkataan ‘negro’ terhadap teman lelakinya yang berketurunan Afrika-Amerika, penyanyi Mimi Fly meminta masyarakat, terutama media agar berhati-hati membuat laporan tentang satu-satu perkara.
Pemilik nama lengkap, Shamimi Amalina Norhisham itu berkata, perkataan berkenaan boleh dianggap bersifat biadab dan membawa kepada pergaduhan.
“Wahai orang Malaysia, buka matamu dan belajar memahami. Sekarang dah 2022, jangan lagi hidup dalam perpecahan dan perpisahan.
“Perkataan ‘negro’ kalau di Amerika hari ini dikira biadab. Ia adalah terma yang dicipta oleh kaum orang putih pada zaman (orang) Afrika-Amerika dijadikan hamba.
“Bertahun-tahun dan berdekad mereka bertarung demi kemerdekaan daripada slavery (penghambaan) dan terlalu ramai telah berkorban termasuk Martin Luther King, demi kebebasan dan hak asasi mereka.
“Kalau digunakan sekarang, tindakan tersebut hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat golongan berkenaan rasa kerdil dan lemah,” katanya menerusi satu hantaran status dalam Instastory.
Dalam pada itu, pelantun lagu Superfly itu bertegas, dia tidak mempunyai kudrat andai ada pihak yang sewenang-wenangnya melabelkan cita rasanya terhadap mana-mana lelaki.
“Saya bukan jenis yang senang melatah. Persepsi kalian tentang saya bukan tanggungjawab saya. Sejak permulaan karier, saya memang dikenali sebagai seseorang yang sangat berbeza. Saya ada citarasa yang berlainan, gaya berbeza.
“Saya adalah siapa diri saya. Harapan saya sekarang adalah agar saya dapat kembalikan rasa dialu-alukan yang telah saya terima sepanjang saya berada di sana daripada keluarga dan rakan-rakannya.
“Mereka dah layan saya macam saya ini sebahagian daripada keluarga mereka. Elakkan (penggunaan perkataan tersebut) agar mereka tahu orang Malaysia ini, baik sebenarnya.
“Tak biadab dan bukanlah ignorant (jahil). Doakanlah yang terbaik untuk saya. Terima kasih buat semua yang ambil berat tentang saya. Sebenarnya, saya sangat bahagia sekarang dan sedang jalani kehidupan dengan seronok,” ujarnya.
Menerusi hantaran sama, Mimi turut berharap agar orang ramai belajar lebih menghormati antara satu sama lain walaupun rasisme masih berleluasa di negara Uncle Sam tersebut.
“Walaupun rasisme masih berleluasa, mereka lebih hormat satu sama lain dan tak lagi memanggil orang kulit hitam dengan gelaran seperti negro tetapi guna panggilan orang Afrika-Amerika, colored (orang kulit berwarna) atau black (orang kulit hitam).
Terdahulu, Mimi, 35, mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki kulit hitam warganegara Amerika Syarikat yang berprofesion doktor pakar tulang belakang.
https://www.kosmo.com.my/2022/05/09/perkataan-negro-dikira-biadab-cari-gaduh-mimi-fly/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni acik2 kepam nak complain apa pulak? kawin utk baiki keturunan ke mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Parking dulu. Aku pun akan singgah lagi nak baca komen bernas acik2 kepam forum yang sentiasa tak puas hati dengan selera orang. Mata dia ja yang boleh pakai
|
|
|
|
|
|
|
|
Kheenn...ada je tak kena klu org kawin dgn bangsa asing..takpe kita tungguu sama
|
|
|
|
|
|
|
|
kat amerika je kan perkataan negro bersifat rasis.negara lain ok jer. macam kat indon. kat sana perkataan indon tu rasis menghina.tapi kat malaysia ok je pangil indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
panggil nigger boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh...kat US tu ada certain tempt Mat Salleh pun tak berani masuk.
Semuannya dikontrol gang ghetto bangsa yang ditindas mmg berlagak. Diaorang je boleh panggil sesama diaorang nigger bagai. Lepas tu play race card. |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh...kat US tu ada certain tempt Mat Salleh pun tak berani masuk.
Semuannya dikontrol gang ghetto bangsa yang ditindas mmg berlagak. Diaorang je boleh panggil sesama diaorang nigger bagai. Lepas tu play race card. |
|
|
|
|
|
|
|
Panggil blekpar boleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila pula malaysia jadi amerika tidak boleh guna negro... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Afrika tersentap di Panggil negro, european tak sentap pun dipanggil white people!
Masalah besar dunia bilamana orang negro nak jadi putih dan orang puyih nak jadi hitam! |
|
|
|
|
|
|
|
Tk ingt news portal mana tulis headline “negro” ni. Bagi aku mmg biadap gaklah… bagi aku lantak die lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Panggil moreno maksud dark skin... Dari direct translation negro = hitam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu nak panggil apa? Black people? |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun menjande...bila dia ni kawin |
|
|
|
|
|
|
|
Suketilah mimi nak kawin ngan sape pun, mimi kan cantik Komen takda kena mengena ngan abg neg |
|
|
|
|
|
|
|
Wakanda Forever tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|