CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 9

Konon Diajak Main Bersama, Budak Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Oleh Pembuli

[Copy link]
Post time 11-5-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang kanak-kanak lelaki 'dibakar' hidup-hidup oleh pembuli yang menuang petrol ke atas bola tenis, menyalakan pemetik api dan melemparkannya kepada kanak-kanak malang itu.


Portal Independent melaporkan, Dominick Krankall menyertai kumpulan kanak-kanak lelaki yang tinggal di kejiranannya untuk bermain di luar rumah, baru-baru ini.


Dia menyangka ajakan kanak-kanak lain itu adalah pelawaan mesra.




Foto: Independent




"Sebaik sahaja dia menuruni tangga, pembuli itu memanggil namanya dan dalam beberapa saat dia kembali ke sudut sambil menjerit, 'ibu mereka 'menyalakan' saya'," kata kakak mangsa, Kayla Deegan.


Dia berkata, akibat kejadian itu, adik lelakinya dirawat di hospital dengan kesan melecur tahap kedua dan ketiga, hingga menutup bahagian muka dan kakinya.


Unit Siasatan Kebakaran dan Letupan Polis Negeri Connecticut menyiasat kejadian itu bersama Pejabat Pemadam Kebakaran Bridgeport, kata jurucakap polis negeri kepada WNBC.


Kejadian itu, kata kakak Dominick, bermula selepas kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang dilabelnya sebagai 'penghasut utama' dan pembuli Dominick, mendapat akses ke bangsal berhampiran di halaman belakang sebuah rumah.


Empat kanak-kanak menemui pemetik api dan beberapa petrol, lapor pihak berkuasa Bridgeport menerusi laporan awal polis.


Deegan menceritakan dengan ekspresi mengerikan untuk menunjukkan bagaimana pembuli 'memancing' adik lelakinya ke halaman rumah.


"Apa yang dia lakukan ialah menuang petrol ke atas bola tenis, mengambil pemetik api, menyalakannya dan melemparkannya tepat ke muka adik saya," kata Deegan.


Kemudian tambahnya, mereka hanya melarikan diri, meninggalkan adiknya yang terbakar itu pulang ke rumah dengan kecederaan. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 12:08 PM | Show all posts
wow..ni sebijik mcm dalam Law & Order SVU baru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:09 PM | Show all posts
3rd degree burn.  setan nye la perangai seko2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:16 PM | Show all posts
Kecik-kecik dah perangai hanat besar besok jadi spesis ifrit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:53 PM | Show all posts
Kecik2 perangai dah cam setann!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ya tuhan
nak jadi pembunuh ke tuuu
nauzubillahhhh
ni tahap jahattt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 05:54 PM | Show all posts
Kecik2 dah berani berlaku kejam racun apa dah masuk dalam badannya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 10:16 PM | Show all posts
kucingitam replied at 11-5-2022 12:08 PM
wow..ni sebijik mcm dalam Law & Order SVU baru ni...

Ni tgk online ke atau kat Astro?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 11:28 PM | Show all posts
hurmm cacat seumur hidup..

ada kenal beberapa org yg body dan muka macam dah cair sebab melecur.
kalau boleh tutup dengan kulit baru pun, saraf dan otot dah cacat.

yg sorang ni dah bertahun2 dan beratus kali surgery tampal kulit. seksanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:06 AM | Show all posts
Xim replied at 11-5-2022 10:16 PM
Ni tgk online ke atau kat Astro?

astro sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.262416 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list