View: 581|Reply: 3
|
[Tempatan]
Cuti menjelang Hari Wesak 14-16 Mei juga Hari Gawai bulan depan, AirAsia diingatkan jgn lagi ada isu flight delay
[Copy link]
|
|
bernama.com
Pastikan kebajikan penumpang tidak terjejas menjelang cuti Wesak, Gawai - Nanta
3-4 minutes
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu kebajikan penumpang syarikat penerbangan AirAsia tidak lagi terjejas menjelang beberapa cuti umum tidak lama lagi seperti Hari Wesak yang disambut Ahad ini dan Hari Gawai bulan depan.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa pasca libat urus KPDNHEP-AirAsia baru-baru ini.
“Dalam isu tersebut KPDNHEP akan terus menjaga hak pengguna manakala selebihnya membabitkan operasi akan diselia mengikut bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Kementerian Pengangkutan.
“Langkah penyelesaian diambil AirAsia untuk mengurangkan gangguan operasi adalah melaksanakan penerbangan menyelamat (rescue flights) bagi penumpang yang terkandas contohnya KCH-KL (Kuching-Kuala Lumpur) atau MYY-KL (Miri-Kuala Lumpur),” katanya dalam hantaran di akaun Twitter hari ini.
Menurut Nanta, jika Rapid Rail boleh memberikan kupon perjalanan sehala kepada penumpang terjejas ekoran satu insiden semalam, beliau percaya AirAsia juga perlu memikirkan kuantum yang sesuai untuk penumpang mereka.
Beliau berkata pengguna yang berhadapan dengan jadual penerbangan terjejas berhak membuat aduan rasmi kerana tanpa aduan gambaran sebenar kepuasan pelanggan tidak akan diperoleh.
Katanya sekiranya aduan dibuat dan mempunyai asas dan selari garis panduan Mavcom, AirAsia memaklumkan bahawa bentuk pampasan yang layak diperoleh pengguna adalah pertukaran penerbangan (percuma), kredit untuk diguna kemudian, pulangan wang, penginapan hotel serta makanan dan minuman.
Nanta berkata setakat 9 Mei, jumlah aduan penumpang yang dihantar terus ke AirAsia dilihat hampir konsisten dan sekitar 60-80 aduan setiap bulan.
Sementara jumlah aduan penumpang AirAsia yang diterima menerusi Mavcom merekodkan trend penurunan bagi tempoh Januari-April, kata beliau.
“Menurut AirAsia lebih 90 peratus aduan yang dikemukakan menerusi kedua-dua saluran (Mavcom dan terus ke AirAsia) sudah diselesaikan. Empat punca utama dikenal pasti oleh AirAsia yang menyumbang kepada kelewatan, penangguhan dan penjadualan semula penerbangan membabitkan pelbagai destinasi,” katanya.
Nanta berkata empat punca kelewatan penerbangan AirAsia adalah jumlah pesawat yang terhad, kekangan operasi dan kawal selia, isu teknikal yang turut terkait dengan ‘pintasan burung’ pada enjin pesawat serta panahan kilat terhadap pesawat dan keadaan cuaca.
-- BERNAMA
sumber: bernama.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambik la tindakan kejam dan keras kat Tony tu. Takat warning manja begini, mana dia nak peduli sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri bengap nak cover malu sbb takleh nk hendle harga barang naik la tu acah2 prihatin psl isu kapatebang pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mara Liner tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|