View: 2835|Reply: 37
|
[Politik]
...91,000 penjawat awam akan dipecat
[Copy link]
|
|
Puluhan ribu penjawat awam united kingdom bakal kehilangan pekerjaan di bawah langkah pengurangan kos yang dirangka kerajaan, kata menteri kanan, Jacob Rees-Mogg, hari ini.
Ketika ditanya media, Rees-Mogg tidak menafikan laporan media mengatakan 91,000 pekerjaan di Whitehall akan dimansuhkan.
"Saya tahu perkara ini menarik perhatian, namun hakikatnya kita sebenarnya kembali kepada perkhidmatan awam seperti pada 2016," katanya.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson, berkata kerajaan negara itu perlu mengurangkan kos kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup berikutan perbelanjaan kerajaan 'membengkak' ketika pandemik.
Katanya, 91,000 pekerjaan atau seorang dalam setiap lima pekerja daripada keseluruhan perkhidmatan awam perlu diberhentikan bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan kira-kira £3.5 bilion (RM18.8 bilion) setahun.
Kerajaan UK berdepan kesukaran mengimbangi perbelanjaan selepas membelanjakan peruntukan yang besar ketika pandemik, selain bergelut dengan inflasi yang menjejaskan pemulihan ekonomi serta memberi tekanan tambahan pada kewangan awam.
Sejak beberapa minggu lalu, Rees-Mogg yang juga Menteri Peluang Brexit dan kecekapan kerajaan UK, dilihat menyerang penjawat awam yang masih bekerja dari rumah walaupun semua sekatan COVID-19 sudah ditamatkan.
Beliau dikritik kerana meninggalkan nota di atas meja kosong di jabatan kerajaan, yang tertulis: "Maaf anda tiada di sini. Saya menanti-nantikan kehadiran anda di pejabat tidak lama lagi".
Menurut Rees-Mogg, perkhidmatan awam UK berkembang sejak beberapa tahun lalu untuk menguruskan proses UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan pandemik, tetapi kini 'mahu kembali kepada keadaan normal'.
"Jumlah individu meninggalkan perkhidmatan awam adalah sehingga 38,000 setahun, jadi cara paling murah untuk melakukannya adalah dengan membekukan pengambilan baharu.
"Anda perlu memastikan petugas digunakan secekap mungkin untuk melaksanakan peranan yang penting," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta penduduk dan menelan kira2 80% bajet negara. Lama2 negara ni akan bangkrap. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu blum kira yg pencen disambung anak atau spouse |
|
|
|
|
|
|
|
amat penting masa pru.............
|
|
|
|
|
|
|
|
kat UK ada umngok kaa BN kaa apa kaa?? sungguh zalim perbuatan depa.. tutup kaa tabur pasir dalam periuk nasi orang..
kalo jadi di Malaysia ni... memang bahan politaik laa mana2 partai yang jadi pembangkang... tengok kenaikan harga barang kaa petrol kaa inflasi kaa.. satu donia hadapi masalah sama.. tapi di sini.. partai2 lawan kaa macai2 kaa dok sedap tuding jari tuduh orang lain sana sini... |
|
|
|
|
|
|
|
celaka dap nih.kat uk pon buat onar.penjawat awam undi kau.tapi balas dengan tuba.penjawat awam + feldrean pon bodo pegi undi.mengelupor nak tanam buluh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 14-5-2022 04:27 PM
Meiizu replied at 14-5-2022 12:22 PM
Tu blum kira yg pencen disambung anak atau spouse
...................... |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...
besarrrrrr budget gomen nak kena menanggung sampai 2 juta penjawat awam termasuk cikgu2, doctor, nurses semua... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 14-5-2022 03:12 PM
besarrrrrr budget gomen nak kena menanggung sampai 2 juta penjawat awam termasuk cikgu2, doctor, ...
Yet golongan ckgu bsing tanak jadi warden. Kalau kena jd warden kasi elaun rm5K. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Keje glc pun kira penjawat awam jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kecam penjawat awam yg korang dok nampak kt pjbt kerajaan je. Tu yb adun-adun,ahli parlimen,menteri-menteri,diorang tu pun dibayar gaji oleh kerajaan gak,penjawat awam gak. Cer bandingkan belanja utk yb-yb tu berbanding ngan perbelanjaan nak bayar gaji penjawat awam yg btul2 buat keje mcm polis nurse cikgu. Benda ni same je terjadi dlm swasta pun,cth plg dekat tu ha airasia,staf-staf bawahan smpi kene mintak br1m ujung-ujung tony beli tesla pastu gaji ceo naik plak juta-juta |
|
|
|
|
|
|
|
Elaun pinggan mangkuk syed syadiq je pun dah rm42k,kalau elaun2 lain camne plak. Tu blum lg elaun2 kerabat. Korg dok pertikaikan pencen penjawat awam,tuh najib yang ada kes 1mdb pun lepas pencen mintak tanah rm100juta. Penjawat awam kene berkhidmat paling kurang 10thn baru lepas dpt pencen,adun berkhidmat 36 bln atau 3 tahun je pun dh layak pencen. Cer kaji balik kat mana bloatednye belanja mengurus negara ni sbnrnye |
|
|
|
|
|
|
|
Mohonn pecat sumee ahli2 dun whateverr yg tarakk gunaaa menghabiskann borasss sajoo kat Malaysia inihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaYaYa replied at 14-5-2022 04:33 PM
Mohonn pecat sumee ahli2 dun whateverr yg tarakk gunaaa menghabiskann borasss sajoo kat Malaysia ini ...
Nih nak kena buat rule baru..but pengubal rule ahli parlimen Tu sendiri..Ada laluan lain ke utk gubal rule ni..nak kena harapkan Agong la kot utk beri arahan kat penjawat awam aka KSN buat ruling baru..boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Baper gaji politicians deme? Taxpayers juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-5-2022 12:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
batu kikir replied at 14-5-2022 11:50 AM
Kat Malaysia.......penjawat awam adalah seramai 1.6 juta untuk memberi perkhidmatan kepada 34 juta p ...
Perabih bogheh je kan sampai 1.6juta |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla Hans Issac, Aflin Shauki dan Sharol Shiro nak join politik...nak senang aja rupanya..kojo ntah boleh ke idak..sebab ramai je yg jd MP...mmg tak boleh harap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Meriah forum lowyat aka pro DAP dok berdebat pasal isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
91,000 adalah 1/5 daripada total perkhidmatan awam.
Ini bermakna UK ada 455,000 pekerja gomen utk serve rakyat seramai 67 juta.
Tapi definisi civil servants di sana tak sama di Malaysia kerana exclude cikgu,nhs,polis,tentera dan pbt.
Di Malaysia,guru aje dah 450,000. Kalau nak kurangkan bilangan guru,maka rakyat malaysia perlu kurangkan membiak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|