CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1064|Reply: 15

[Dunia] Finland lakukan kesilapan – Putin

[Copy link]
Post time 16-5-2022 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2022 04:46 PM


Finland lakukan kesilapan – Putin




  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 16 Mei 2022, 8:30 am


MOSCOW: Russia mendakwa Finland melakukan kesilapan dengan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika negara itu tidak menghadapi sebarang `ancaman keselamatan’.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Vladimir Putin dalam satu panggilan telefon bersama rakan sejawatnya dari Finland, Sauli Niinisto baru-baru ini.

Berdasarkan laporan intipati perbualan didedahkan oleh Moscow, Putin menegaskan mengenai tindakan Finland yang mahu meninggalkan dasar berkecuali diamalkan sejak Perang Dingin.

“Meninggalkan dasar berkecuali ketenteraan merupakan satu kesilapan memandangkan tiada ancaman terhadap keselamatan Finland,” jelas laporan itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh perbualan antara Putin dan Niinisto atau sama ada Presiden Finland itu sudah berunding dengan pemimpin dunia lain sebelum membuat panggilan telefon tersebut.

Dalam pada itu, Niinisto menyifatkan perbualannya bersama Putin berjalan dengan baik ketika kedua-dua pihak berusaha `mengelak ketegangan’.

Pemimpin Russia itu turut dimaklumkan bahawa insiden pencerobohan Moscow di Ukraine serta serangan siber ke atas Finland dan Sweden telah `mengubah persekitaran keselamatan’ di Helsinki.

Usaha Finland dan Sweden untuk menjadi sebahagian NATO menemui halangan apabila Presiden Turki, Erdogan Recep Tayyip memaklumkan pihaknya tidak dapat menyokong penyertaan dua negara itu kerana organisasi pengganas termasuk kumpulan militan Kurdish PKK beroperasi di kebanyakan negara Nordik.  

NATO yang disertai pakatan 30 negara memerlukan undian kesemua ahli untuk permohonan penyertaan dua negara itu diterima.

Penasihat dasar luar tertinggi pentadbiran Erdogan, Ibrahim Kalin menjelaskan Turki `tidak menutup pintu’ terhadap bidaan keahlian negara berkenaan.

“Kami tidak menutup pintu tetapi kami hanya membangkitkan isu ini sebagai soal keselamatan negara untuk Turki,” katanya.   

Sebelum ini, Russia berulang kali memberi amaran kepada Finland dan Sweden mengenai implikasi bakal dihadapi sekiranya kedua-dua negara itu menyertai pakatan NATO.

* ANCAM LANCAR SERANGAN NUKLEAR
Sementara itu, seorang sekutu kanan Putin mengancam untuk melancarkan serangan nuklear ke atas Britain.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Duma, Aleksey Zhuravlyov mendakwa serangan itu hanya akan mengambil masa selama tiga minit.

Malah, Zhuravlyov menegaskan Finland akan dihapuskan dalam beberapa saat sahaja.

Ancaman Zhuravlyov itu menunjukkan pemimpin itu seolah-olah berasa kecewa mengenai isu pencerobohan Putin yang goyah ke atas Ukraine dan penyertaan Finland ke NATO.

Berita itu menyusul selepas Russia memutuskan bekalan elektrik ke Finland.      Negara Nordik itu mengimport kira-kira 10 peratus tenaga elektrik dari Russia.
Aliran tenaga elektrik Russia ke Finland dihentikan ketika pengimport milik negara itu belum menerima bayaran. – AGENSI






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nukleur jangan tk nukleur
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Escalation to World War 3..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganla ganggu negara paling bahagia di dunia tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh bosan sgt ke jd negara plg bahagia sampi join Nato bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku penah bgtau..

by 2025, populasi negara2 Eropah Barat akan turun gila2..

Cth German dari 80.juta tinggal 20.juta..

Mcm tu gak dgn Britain..

Kita tu tunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Norway join sekaki tak? Iols verangan nak pi jjcm sana..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:26 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 16-5-2022 04:36 PM
Tinot7 replied at 16-5-2022 03:30 PM
Norway join sekaki tak? Iols verangan nak pi jjcm sana..

Iols check norway one of founding member Nato. U maksudkan sweden ke? Sweden pun baru nk join sama cam Finland
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 04:36 PM | Show all posts
putin ni sembang kari je, setakat ukraine tu dia berani la, kalo sweeden dia kaco, maunye org2 europe marah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 05:07 PM | Show all posts
orang pernah berkata.  jgn buat hal dengan orang gila. buruk padahnya. putin peduli apa kalau betul seluruh eropah menyerang balas.  dia petik je nuklear semua.  hancur laaa bumi...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!

Puting, puting, puting

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-5-2022 04:26 PM
Iols check norway one of founding member Nato. U maksudkan sweden ke? Sweden pun baru nk join sama  ...

Iols verangan nak pi norway.. bkn sweden or finland or denmark.. kalau norway mmg founding member, putin tak kisah kott.. harap2 la.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-5-2022 07:16 PM
Iols verangan nak pi norway.. bkn sweden or finland or denmark.. kalau norway mmg founding member, ...


Norway jauh sikit dari sempadan russia. X impact kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-5-2022 06:53 PM
Nuklear jangan tak nuklear!

Puting, puting, puting ...



  



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-5-2022 08:44 PM
Norway jauh sikit dari sempadan russia. X impact kot.

Iols pun doakan yg sama.. hehe.. voley la sambung verangan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:22 PM | Show all posts
Suka dengan negara finland, saujana mata memandang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060318 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list