CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2250|Reply: 24

[Dunia] Putin sudah 'menggelupur' Sweden, Finland sertai NATO

[Copy link]
Post time 16-5-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW: Russia mendakwa Finland melakukan kesilapan dengan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika negara itu tidak menghadapi sebarang 'ancaman keselamatan’.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Vladimir Putin dalam satu panggilan telefon bersama rakan sejawatnya dari Finland, Sauli Niinisto baru-baru ini.

Berdasarkan laporan intipati perbualan didedahkan oleh Moscow, Putin menegaskan mengenai tindakan Finland yang mahu meninggalkan dasar berkecuali diamalkan sejak Perang Dingin.   

“Meninggalkan dasar berkecuali ketenteraan merupakan satu kesilapan memandangkan tiada ancaman terhadap keselamatan Finland,” jelas laporan itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh perbualan antara Putin dan Niinisto atau sama ada Presiden Finland itu sudah berunding dengan pemimpin dunia lain sebelum membuat panggilan telefon tersebut.

Dalam pada itu, Niinisto menyifatkan perbualannya bersama Putin berjalan dengan baik ketika kedua-dua pihak berusaha `mengelak ketegangan’.

Pemimpin Russia itu turut dimaklumkan bahawa insiden pencerobohan Moscow di Ukraine serta serangan siber ke atas Finland dan Sweden telah `mengubah persekitaran keselamatan’ di Helsinki.

Usaha Finland dan Sweden untuk menjadi sebahagian NATO menemui halangan apabila Presiden Turki, Erdogan Recep Tayyip memaklumkan pihaknya tidak dapat menyokong penyertaan dua negara itu kerana organisasi pengganas termasuk kumpulan militan Kurdish PKK beroperasi di kebanyakan negara Nordik.  

NATO yang disertai pakatan 30 negara memerlukan undian kesemua ahli untuk permohonan penyertaan dua negara itu diterima.

Penasihat dasar luar tertinggi pentadbiran Erdogan, Ibrahim Kalin menjelaskan Turki `tidak menutup pintu’ terhadap bidaan keahlian negara berkenaan.

“Kami tidak menutup pintu tetapi kami hanya membangkitkan isu ini sebagai soal keselamatan negara untuk Turki,” katanya.   

Sebelum ini, Russia berulang kali memberi amaran kepada Finland dan Sweden mengenai implikasi bakal dihadapi sekiranya kedua-dua negara itu menyertai pakatan NATO.

ANCAM LANCAR SERANGAN NUKLEAR

Sementara itu, seorang sekutu kanan Putin mengancam untuk melancarkan serangan nuklear ke atas Britain.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Duma, Aleksey Zhuravlyov mendakwa serangan itu hanya akan mengambil masa selama tiga minit.

Malah, Zhuravlyov menegaskan Finland akan dihapuskan dalam beberapa saat sahaja.

Ancaman Zhuravlyov itu menunjukkan pemimpin itu seolah-olah berasa kecewa mengenai isu pencerobohan Putin yang goyah ke atas Ukraine dan penyertaan Finland ke NATO.

Berita itu menyusul selepas Russia memutuskan bekalan elektrik ke Finland.      

Negara Nordik itu mengimport kira-kira 10 peratus tenaga elektrik dari Russia.

Aliran tenaga elektrik Russia ke Finland dihentikan ketika pengimport milik negara itu belum menerima bayaran. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/05/finland-lakukan-kesilapan-putin/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 01:42 PM | Show all posts
escalation to WW3
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:49 PM | Show all posts
sembang kari je la rusia ni, dia pun takut nak start nuclear war
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 16-5-2022 01:49 PM
sembang kari je la rusia ni, dia pun takut nak start nuclear war

Cmne ko tahu dorg x berani? Buat apa ada senjata nukleur tp tkot nk guna. War is art
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:07 PM | Show all posts
caprut replied at 16-5-2022 02:04 PM
Cmne ko tahu dorg x berani? Buat apa ada senjata nukleur tp tkot nk guna. War is art

dia pun tahu bahana kalo semua sekutu US lawan balik dgn senjata nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 16-5-2022 02:07 PM
dia pun tahu bahana kalo semua sekutu US lawan balik dgn senjata nuklear

Hanya russia dan negara ada nukleur je tahu bila dorg akan gunakan nukleur dorg tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kari ? Ritu semua org cakap puting tak berani serang Ukraine.. acah2 je. Sekali betul dia pergi main letup2. Haihhhh... Takyah la perang. Nak makan susah, nak travel susah, nak hidup susah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!

Puting, puting, puting

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-5-2022 07:10 PM
Nuklear jangan tak nuklear!

Puting, puting, puting ...

Siapa ni noks?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 16-5-2022 07:11 PM
Siapa ni noks?

Prince Abdul Mateen tersenyum sinis

  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Finlen & sweden dah fed up, selama ni diorang berkecuali tapi katebang Russia selalu ceroboh air space, kapal Russia selalu masuk perairan diorang. Swiss & Austria pun now dah tak berapa nak berkecuali. Padan muko Putin yg.pro Yahudi (sebab lanyak Neo Nazi)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 08:26 PM | Show all posts

https://www.dailymail.co.uk/news ... Sweden-Finland.html

Russia threatens to deploy tactical nuclear weapons on its European border 'when NATO bases appear in Sweden and Finland' as Stockholm now joins Helsinki in confirming they want to join the alliance..
dulu Rusia threatened Ukraine jgn join NATO, kalo x Putin serang..


la ni finland n sweden provoke Rusia plak


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Senjata nuklear ada expired date tak. Ya lah buat banyak banyak tak guna membazir.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:16 PM | Show all posts
Edited by zjen at 16-5-2022 10:18 PM

dgr citer us dah sedar susah lawan rusia  ... so plan us kang nak guna rusia utk jatuhkan ekonomi euro dulu ...  bila bisnes euro jatuh,  negara eropah akan one by one diperkuda us dan yahudi

us dr dulu dah angin dgn eropah,   omputih amerika dulu mostly golongan bawahan yg di buang oleh org eropah ke bumi amerika,  lebih2 lagi bila eropah wat matawang EURO utk cabar bisnes us-dollar
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 10:34 PM | Show all posts
Edited by zjen at 16-5-2022 10:36 PM

anyway just layan popcorn jelah ... abis apa yg weols boleh buat ...  dulu weols di serang jepun,  us pon layan popcorn jugak,  malah us enjoy bisnes senjata deols jual kat tentera jepun
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:32 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 16-5-2022 11:36 PM

kalo sweden n finland degil jugak nak join NATO..

Rusia akan serang 2 negara ni..

kalo Turkey berjaya menentang application Sweden n Finland utk join NATO..

maka selamat ler Sweden n Finland

perhati Erdogan Turkey



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 11:40 PM | Show all posts
tahun 2016 Putin da warning Finland


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:11 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-5-2022 08:15 AM

Usaha Finland dan Sweden untuk menjadi sebahagian NATO menemui halangan apabila Presiden Turki, Erdogan Recep Tayyip memaklumkan pihaknya tidak dapat menyokong penyertaan dua negara itu kerana organisasi pengganas termasuk kumpulan militan Kurdish PKK beroperasi di kebanyakan negara Nordik.  

>>>> interesting.

Scandinavian pun terasa ancaman russia ni...Turkey part of NATO ye, sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang seperti putin ada sokong untuk lead dunia... Jenis yang sama gila saja akan sokong
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:55 AM | Show all posts
zjen replied at 16-5-2022 10:16 PM
dgr citer us dah sedar susah lawan rusia  ... so plan us kang nak guna rusia utk jatuhkan ekonomi eu ...

kenapalah org yahudi tak pindah semua pg us, bagi bumi palestin dgn org arab palestin ja..baru nampak us ini negara siapa..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.234555 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list