|
Pasukan India mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 untuk menjulang kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah sebentar tadi.
Pada aksi di Arena Impact itu, skuad India bermula dengan langkah kanan selepas jaguh perseorangan mereka, Lakshya Sen melakar kemenangan ke atas Anthony Sinisuka Ginting dengan keputusan 8-21, 21-17, 21-16 dalam tempoh 65 minit.
Hasrat skuad Sang Garuda untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian selepas beregu muda India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty mengejutkan pasangan berpengalaman, Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan kemenangan 18-21, 23-21, 21-19 dalam tempoh 73 minit. |
|