CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 4

[Dunia] Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

[Copy link]
Post time 18-5-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... aki-gay-di-britain/

Oleh KOSMO!
18 Mei 2022, 5:00 pm


SEORANG wanita dan bayinya yang dijangkiti cacar monyet sedang menerima rawatan di Zomea Kaka, wilayah Lobaya di Republik Afrika Tengah pada 28 Oktober 2018. - Agensi

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam.

Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan  antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain.

Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara  kes masih dalam siasatan, kata agensi sama.

Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980.

Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa minggu sahaja, ia masih boleh membawa maut dalam kes tertentu.

Kesemua empat pesakit itu dikenal pasti daripada golongan gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, jelas UKHSA.

“Ini jarang berlaku dan luar biasa.

“UKHSA sedang menyiasat  punca jangkitan ini kerana bukti menunjukkan terdapat penularan virus cacar monyet dalam komuniti yang disebarkan oleh kontak rapat,” kata ketua pegawai kesihatan UKHSA, Susan Hopkins dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata, agensi itu menggesa lelaki gay dan biseksual untuk mengesan sebarang ruam atau luka luar biasa pada badan dan menghubungi perkhidmatan kesihatan seksual tanpa berlengah-lengah. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit apa pulokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 05:33 PM | Show all posts
Bala baru dah timbul
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:07 PM | Show all posts
jgn la merebakkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yang straight tu kena risau jugak dek… manalah tahu suami chuols dalam diam sebenarnya main lubang buntut jantan kekar ke kan dek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054832 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list