Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.
Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International.
Kredit foto: FB Windham Northeast Supervisory Union
Ariana Wunderle, pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Bellows Falls Union melakukan aksi pada ketinggian 1.8 meter itu sambil memakai kasut dengan tumit setinggi 10 sentimeter.
Dia berjalan di atas kabel sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 meter.
Ia sekali gus memecahkan rekod terdahulu yang dicipta seorang artis persembahan dari Rusia, Oxana Seroshtan pada tahun 2014. Oxana berjalan di atas tali sejauh 14.9 meter menggunakan kasut tumit tinggi.
Aksi Wunderle itu dilakukan bagi mengumpul dana sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan untuk golongan belia, Circus Smirkus.
Rakaman percubaan memecah rekod itu juga telah dihantar kepada Guinness World Records untuk pengiktirafan.
Sumber: Kosmo |