CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 2

Tak Sampai 2 Minggu Kahwin, Pendakwa Raya Mati Ditembak Ketika Bulan Madu

[Copy link]
Post time 19-5-2022 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Pendakwa Raya Antidadah Paraguay, Marcelo Pecci ditembak mati ketika berbulan madu di Pulau Baru, dekat Cartagena, Colombia.


Suspek lelaki itu kemudian melarikan diri melalui laut.


Presiden Paraguay mengecam jenayah itu sebagai pembunuhan pengecut dan rakan pendakwa raya berkata, modus operandi itu berkaitan dengan mafia dadah.




Kredit foto: The Washington Post




Pecci, 45, terkena dua das tembakan ketika berehat di pantai di Pulau Baru, menurut isterinya, Claudia Aguilera.


Wanita itu yang juga wartawan di Paraguay, berkahwin dengan Pecci, pada 30 April, di bandar berdekatan Cartagena.


"Dua lelaki menyerang Marcelo (Pecci). Mereka datang dengan bot kecil, atau menaiki jet ski, sebenarnya saya tidak nampak dengan baik," katanya kepada akhbar El Tiempo.


Salah seorang penyerang keluar dan "tanpa sepatah kata dia menembak Marcelo dua kali, satu (peluru) terkena di muka dan satu lagi di belakang", kata Aguilera.


Katanya, suaminya yang dikahwini kurang dua minggu itu tidak menerima sebarang ugutan.


Hotel Decameron, tempat pasangan itu menginap berkata, dalam satu kenyataan "pembunuh upahan tiba di pantai... dan menyerang serta membunuh salah seorang tetamu kami".




Pecci dan isteri, Aguilera
Kredit foto: RR SS





Motif pembunuhan itu tidak diketahui tetapi pendakwa raya Paraguay, Augusto Salas yang juga rakan sekerja Pecci, berkata modus operandi itu adalah "tipikal mafia [dadah], jadi itulah yang saya akan fikirkan sehingga dibuktikan sebaliknya".


Ketua polis Colombia Jorge Luis Vargas berkata, lima pegawai penyiasat jenayah dihantar ke Baru, dan akan menerima sokongan daripada pakar Paraguay dan Amerika Syarikat.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
harap check kalau dia ada insuran hayat atas nama wife. kena tgk byk kebarangkalian
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:39 AM | Show all posts
ada sorang junior aku, dia Timb Pendakwa Raya.... dh lama tgk fb dia x ada updae soal kerjaya n family. sb risaukan keselamatan anak n pasangan. kerjaya yg berisiko, begitulah lifenya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.386649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list