View: 883|Reply: 10
|
[Dunia]
Ratu Elizabeth cari pembantu rumah gaji RM43.88 sejam (tak termasuk cukai)
[Copy link]
|
|
KELUARGA Diraja Britain mengeluarkan iklan mencari pembantu rumah profesional sebagai langkah memastikan kediaman pemegang takhta itu berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.
Memetik laporan akhbar Metro UK pada Rabu, pembantu rumah baharu ini akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor.
Gaji yang ditawarkan adalah pada kadar £7.97 sejam (RM43.88), kurang £1.93 (RM10) berbanding kos sara hidup standard di Britain.
Walaupun begitu, pembantu rumah ini akan disediakan penginapan dan makanan oleh pihak istana.
Selain itu, antara faedah yang turut disediakan adalah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.
Artikel asal di Gempak
“Ini adalah laluan kerjaya dalam hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.
“Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin,” tulis iklan itu.
Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kerana majikan iaitu Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan bakal kakitangannya untuk menangani cabaran baharu.
Orang ramai berpeluang membuat permohonan sehingga 19 Jun ini dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga pada bulan Julai.
Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
wah baguslah , bakal penghuni Windsor atau St James's Palace... |
|
|
|
|
|
|
|
kedeksss nyeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun rate cheapskate, aku yakin tetap ramai yang beratur tu |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 27-5-2022 10:46 PM
Ujong2 kene cuci cadar penoh cirit bebudak kene liwat..
Bior betul..keje siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Rajagopal tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kje kt istana lama bsar2 mcm tu takut dgn hantu je. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Murah sangat gaji. Nak balik kampung pun xlepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|