View: 38145|Reply: 19
|
Sharnaaz Ahmad diminta buat permohonan maaf, tak wajar salahkan Fahmi Fadzil isu lelaki menyerupai wanita di AJL39
[Copy link]
|
|
PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad berkenaan isu pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita ketika hadir ke malam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Ahad lalu.
Kecewa dengan pandangan yang diutarakan aktor tersebut, Jurey berkata Sharnaaz tidak seharusnya menyalahkan Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil berhubung isu berkenaan.
Justeru itu, Jurey mendesak Sharnaaz menarik semula kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf kepada Fahmi.
"Dia (Sharnaaz) telah menuding jari secara tidak berasas terhadap Fahmi Fadzil, dan menggunakan bahasa yang tidak beradab dalam kenyataan tersebut.
"Sehubungan dengan itu pihak PTVM mendesak Sharnaaz untuk segera menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Fahmi atas keceluparan dan tuduhan yang tidak berasas berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Jurey berkata sebagai seorang figura dikenali, Sharnaaz perlu bersikap lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.
Malah, aktor itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan sehingga berlaku perpecahan khalayak.
"Sharnaaz harus menunjukkan teladan yang baik dengan bersikap lebih bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.
"Dia juga seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan awam agar boleh menyampaikan teguran secara lebih berhemah dan berfakta tanpa menyinggung mana-mana pihak.
"Pengaruh dan kedudukan Sharnaaz sebagai figura awam seharusnya digunakan untuk menyebarkan mesej yang membina dan bukan menimbulkan kekeliruan serta perpecahan di kalangan masyarakat," ujarnya.
Sementara itu, pihak PTVM menegaskan penganjuran AJL39 adalah bawah bidang kuasa sebuah badan penyiaran swasta dan tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Komunikasi.
Oleh itu, tindakan menyalahkan Fahmi berhubung isu tersebut adalah tidak relevan dan menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai struktur industri penyiaran negara.
Sebelum ini, Sharnaaz menerusi akaun Instagram meluahkan rasa bimbang mengenai pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita di AJL39.
Malah, Sharnaaz juga meminta Fahmi mengambil langkah menjalankan tugas sebaiknya bagi menangani permasalahan tersebut.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Hal ini juga telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar bertanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adan uker… pesal ko x berani tegur bekas adik ipar ko yg menayang aurat tu dulu…  |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah nak jadi defender ahli politik yg memegang jawatan…..sebab itu bukan tugas kamu di letak di tempat kamu tu kot.
Pergi tengok balik video Sharnaaz tu…..amati inti pati yg nak dia kemukakan.
Don’t deflect from the issue.
Pada daku tak de pun dia menyalahkan si Fahmi, hanya minta dia jalankan tugas dia…. which is a fair statement.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fahmi kena policing baju apa Yg lelaki kena pakai atau tak bole pakai ke....bukan ke ini tugas jakim haul lelaki queer tu utk di bicara kan |
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 19-2-2025 03:23 AM
Adan uker… pesal ko x berani tegur bekas adik ipar ko yg menayang aurat tu dulu…
Dia pahlawan taik kucing je |
|
|
|
|
|
|
|
So apa bidang kuasa Kementerian Komunikasi ni? ada kah kuasa mereka terhad dan tidak boleh masuk campur kalau itu bukan under govt?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun penunggang isu semasa gak ni. Baik la diam aja. |
|
|
|
|
|
|
|
industri hiburan ni akn ada satu atau kumpulan pencacai penjilat barua yg over pada mana2 yg jadi kerajaan.suka menangguk air keroh.benda ni legacy.biasalah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
peminat aina pad berdarah tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
aliya iman pakai berkemban memalukan sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
apahal pulak nenas kena minta maap? penjilat menteri sungguh org tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
menteri komunikasi dan digital la yg keluarkan lesen penyiaran... bukan nak cari salah... cari tindakan lanjut untuk prevent future recurrent... penerbit program pun shud accountable too... bg input and move forward... bukan jilat pak menteri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1992, Kementerian Penerangan telah membuat satu garisan panduan baru iaitu rambut bagi artis lelaki tidak boleh melebihi paras bahu dan sekiranya ingkar tindakan mengharamkan lagu dan artis terbabit dari muncul di TV akan diambil.
Jadi boleh kan buat garis panduan etika berpakaian lelaki & perempuan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by readbaca at 19-2-2025 02:46 PM
Duplicate |
|
|
|
|
|
|
|
X pyh mnta maap btul la saranan shanas tu… menteri dah tu keje dia… gaji pun duit rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Pacik jurey nk jadi menteri gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Peponen punya onar..mamu hantu penang kna mnx mahap...gasak la kome |
|
|
|
|
|
|
|
Btol la tu..pasai pa nk salahkan pak munturi..tv3 yg patot diambil tindakan..nmpk je puak2 ni..tahan jgn bg masuk dewan..jgn bg lalu kt red carpet langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak salahkan. Dia minta Menteri tengokkan hal ni. Aku setuju dengan saranan Sharnaaz ni. Dah over geng geng fefeeling nak jadi pompuan ni. Dah berani. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg slh ff pon..die xenforce ncm tokmat dlu |
|
|
|
|
|
|
| |
|