View: 2727|Reply: 37
|
[Politik]
Persepsi toksik BN gila kuasa & korup membimbangkan, imej perlu diperbaiki semula - Tok Mat
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 1-6-2022 01:27 PM
KUALA LUMPUR: Persepsi toksik bahawa Barisan Nasional (BN) itu merupakan parti yang gila kuasa, korup, salah guna kuasa adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diperbaiki semula, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang sinonim dengan panggilan Tok Mat, berkata kesemua ahli dan pimpinan parti komponen perlu memperkenalkan semula jenama BN dengan tawaran dan penampilan baharu.
Realitinya, jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, ketika ini BN bukan sahaja mengecil dari jumlah ahli Parlimen, tetapi juga dari sudut jumlah parti komponen, bilangan negeri yang dikuasai, serta sokongan undi popular.
“Ini bukan agak-agak kita, bukan ramalan atau tekaan, sebaliknya ini adalah realiti, yang kesemuanya boleh disandarkan secara jelas kepada fakta dan data.
Jadi sangat penting untuk BN berpijak di bumi nyata, terima realiti bahawa kemenangan (dalam pilihan raya umum akan datang) tak akan datang bergolek, mesti usaha, dengan gigih dan gerak kerja strategik,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen BN bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan”, bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya, Tok Mat turut berkata, BN perlu dilihat bukan sahaja sebagai parti yang sifatnya pegun atau statik, tetapi sebagai sebuah idea yang sentiasa bercambah dan berevolusi.
“Sangat penting tampilkan BN sezaman, segar, kalis masa depan. Bagi saya, kita mesti ungkapkan semula BN ini sebagai sebuah idea, bukan sekadar sebuah perikatan politik.
“Kenapa? Kerana parti mesti berevolusi. Institusi politik lumrahnya pegun atau statik, sedangkan idea sentiasa bertumbuh, bercambah dan membiak. Mesti tansilkan sebagai idea kesepakatan, kesatuan dalam pelbagai, multiculturalism, progress dan diverse,” tegasnya lagi.
Tok Mat berkata, usaha itu perlu bersandar misi untuk menjadikan BN sinonim dengan pemikiran kesepakatan, dan budaya pendekatan politik yang progresif.
“Demi hadapi PRU akan datang, BN mesti tampil dengan imej revolusi. Cool but serious and promising. Kita perlu terbitkan rasa percaya dalam kalangan rakyat, dan boleh sebabkan rakyat beri BN satu peluang untuk buktikan bahawa BN benar-benar sebuah idea revolutional.
“Semua ini saya pulangkan pada kepimpinan BN untuk renung dan fikir dan bahas. Supaya akhirnya nanti BN adalah tentang pemuafakatan, lalu apa jua jalan ke hadapan untuk BN, mesti santuni dengan tradisi pemuafakatan BN,” katanya lagi.
Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu tok mat
DAP buat hasutan seolah-olah BN yang gila kuasa
padahal yang berebut kuasa itu PH
masa atok jadi PM, anwat asyik tanya bila atok nak letak jawatan
ujung2 abahcow (asal dalam PH) sailang |
|
|
|
|
|
|
|
PRU je lah, sebab kalau tak , macam nilah , asyik asyik ade we have the numbers, so PRU je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 1-6-2022 01:48 PM
PRU je lah, sebab kalau tak , macam nilah , asyik asyik ade we have the numbers, so PRU je lah...
Ni ngata Abah Mahiaddin yg prihatin lg berpenjana ke ni, hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Buang busskur..buang ponorogo..naikkan mael dgn tok mat..Insya Allah bole hilang persepsi tu |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm parti
|
|
|
|
|
|
|
|
Gebang la segala toksik bagai. Kalau yg ada semua x telus, hanya fikir kepentingan untuk poket masing2 je. Yg ckp kt atas ni pun sama. Reality check pls, tok mat. Hang pun nampak sgt kroni zahid nak tolak hang keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 1-6-2022 05:03 PM
mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm ...
Apa plk xde? Org yg telah didapati bersalah oleh mahkamah teruih diangkat jd punahsihat parti? Sllu ko yg ckp selagi blm dibuktikan bersalah umngok x boleh pecat ahli yg korup....skrg sudah u turn yg korup dijulang2 utk jd nxt piem....Gila x gila? |
|
|
|
|
|
|
|
Persepsi mende nya.. memang betul pun pemimpin umno korup2 belaka..tu ex-no 1 bossku ikon korupsi bukan sekadar malaysia je malah sentaro dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggulah sehingga selesai rayuan perbicaraan di mahkamah persekutuan untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yg dikenakan keatasnya.jika beliau gagal di mahkamah persekutuan, bolehlah parti mengambil tindakkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 1-6-2022 05:31 PM
tunggulah sehingga selesai rayuan perbicaraan di mahkamah persekutuan untuk membatalkan semua sabi ...
Dh bersalah dan dihukum...skrg pusing konar baring buat rayuan plk.....pastu kondifen blh lepas? Hakim plk kena siasat....Gila x gila |
|
|
|
|
|
|
|
hukumannya ditangguh sehingga proses rayuan selesai...jadi apa2 pun tunggulah sehingga selesai semua perbicaraan...
Hakim disiasat sebab penglibatan dia dlm 1MDB...
|
|
|
|
|
|
|
|
pak mael dh ada jovian. cemana tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 1-6-2022 06:50 PM
btw mana2 parti bila dh dpt kuasa sedikit sebanyak akan terpalit dgn isu korupsi apatah lg dgn UMNO yg sudah sejak merdeka di tampuk kuasa. namun dgn sedikit usaha spt pindaan perlembagaan umno terutama dlm pemilihan parti dpt memastikan umno kekal relevant. jgn jadikan umno hak milik exclusive warlord2 tua, cakap merapu, gatal dan low education lg spt yg terjadi dahulu. raikan dan tambahkan golongan intelectual dan professional nescaya umno bole kekal relevant |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry lah tok mat
Akar umbi party kau kat kawasan kau negeri kau
memfitnah orang, memuji muja boskur
sudah tersemat dalam dada akar umbi, kerja korang beri derang duit free, haji free, umrah free
free passage for everything
siapa start ni semua, korang tanggung lah bewak bewak ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Buat memacam perhimpunan, push for GE15 kemain lagi korang ek? Pemilihan parti Umno tak mo buat, penakut rupanya si Jawa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
buang dulu jauh2 si ponogoro dan gang2 penyamun tarbusss hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 1-6-2022 06:38 PM
pak mael dh ada jovian. cemana tu?
jovian meniaga mcm anak madet..anak bini busskur niaga apa? |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 1-6-2022 05:03 PM
mana boleh buang.....masih lagi dlm perbicaraan, busskur pun nak buang apa, dah x ada jawatan dlm ...
kasi senyap la mcm pelakon porno MCA dulu..esok dh ok balik baru lantik balik jadi presiden
bukan buang dlm tong sampah..walaupun itu yg sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|