View: 2246|Reply: 30
|
[Tempatan]
Sajat tersenyum sinis, 44 guru KAFA tak divaksin saman JAIS
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 3-6-2022 02:33 PM
PETALING JAYA: Sekumpulan 44 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan bulan lalu, menolak pendirian Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bahawa pemecatan mereka dilakukan secara sah.
Justeru, kumpulan guru Kafa berkenaan akan meneruskan tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengeluarkan surat berhenti kerja itu, kata peguam mereka, Muhammad Amin Anuar.
“Saya tak nafikan pihak penjawat yang berpangkat ini (Mais dan Jais) diberi kuasa untuk ambil sesuatu tindakan. Tetapi tindakan ini mestilah dibuat mengikut undang-undang.
“Dekat mana ayat dalam peruntukan undang-undang itu yang mengatakan anda boleh buang pekerja. Itu soalan saya. Tolong jawab. Sehingga itu, jumpa anda di mahkamah,” kata Amin kepada FMT.
Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum ini mendakwa Jais tiada pilihan lain selain menamatkan perkhidmatan semua guru Kafa yang enggan divaksin selepas mengambil kira faktor keselamatan ke atas anak murid.
Beliau mendakwa, tindakan itu dibuat mengikut peraturan dan prosedur undang-undang demi kebaikan semua pihak.
Reaksi Aziz itu membayangkan Mais dan Jais tidak berganjak daripada keputusan berkenaan sungguhpun kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran yang turut membabitkan mereka yang tidak divaksin.
Ini termasuk keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan semula guru yang tidak divaksin mengajar bersemuka dengan murid.
Aziz tidak memperincikan undang-undang yang diguna pakai bagi menamatkan kontrak guru Kafa berkenaan.
Menurut Amin, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan pengambilan suntikan vaksin.
Justeru, kata beliau, anak guamnya tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang membolehkan mereka dibuang kerja.
“Tak ada mana-mana peruntukan undang-undang yang mewajibkan vaksin. Apa justifikasi anda untuk amalkan diskriminasi sebegitu?” soal Amin.
FMT sebelum ini melaporkan Jais bertindak menamatkan kontrak perkhidmatan 57 guru Kafa. Daripada jumlah itu, 44 orang memutuskan untuk menyaman jabatan berkenaan.
Jurucakap mereka, Muhammad Shauqi Hadi Mohd Ja’ais, 26, berkata beliau dan rakan sejawatan terkejut menerima notis pemberhentian kerana kontrak mereka sepatutnya berakhir pada Januari 2024.
Sebelum dibuang kerja, kumpulan guru berkenaan dilaporkan digantung kerana enggan divaksin.
Bagaimanapun, Shauqi berkata, mereka diarah hadir ke sekolah seperti biasa, namun tidak dibayar elaun selama dua bulan sebelum diberikan notis pemberhentian.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/03/undang-undang-mana-kata-tak-vaksin-boleh-dibuang-kerja-44-guru-kafa-tetap-saman-jais/
|
|
|
|
|
|
|
|
Overnya JAIS pecat guru KAFA. Mohon2 pegawai2 JAIS suntik lg vaksin covid dlm bdn |
|
|
|
|
|
|
|
Ada otak juga la Guru Kafa ni.
Tak berbaloi cucuk vaccine poison banyak orang muda mati kena serangan jantung umur 27,35, lelaki perempuan semua tapau sekali.
Ni budak sekolah rendah mati kena jangkitan kuman dalam otak.
Budak2 sekolah pun dah start sakit2 dan mati.
Takziah in advance jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni ramai sakit sakitkan... natijah lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun pekerja kontrek, bila bila pun boleh ditamatkan jawatan atas berbagai alasan. lain lah pekerja tetap |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bertindak ikut perasaan jaga bontot sendiri tapi lupa ada undang2 yang harus dipatuhi macam tu ler hasilnya. Ramai lupa masyarakat sekarang main celik bab undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
Rainbow power.... kemenangan buat sajat.  |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni kan bdk mula tahun persekolahkan baru msa hujung Mac kalau tak silap. Masa awal Feb, meols byr la yuran utk 12 bulan pengajian. 2 hari lepas elok sazah kelas ank meols mintak yuran utk 2 bulan. Meols inform sazah yg terima bayran tu...dia boleh suruh inform sendiri kat sazah baru yg yuran dah byr. Eeeh gila. Terus meols update kat gubesar. Gubesar leh ckp mungkin masa meols byr tak inform. Meols ckp xkan la saya byr RM600 main masuk diam2 x inform guru kelas. Gubesar lg nak bekap..adoi.. besok tu baru nak bg resit setelah 4 bulan byr yuran. Nak sound lebih..dorg ajar ilmu agama kat anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nk tggu kesudahan kes ni...
Team guru kafa |
|
|
|
|
|
|
|
Kesahnya yang tak vaksin sekarang ni pun boleh je cikcur ke sana sini. Settle jela out of court. By the way, Sajat tak panggil ke parents jenjalan ke Australia? Bisnes dah makin masyuk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 3-6-2022 08:21 PM
Ada kawan xmo jumpa xmo kawan da just sbb kaka xvaksin..hmm..terasa gk la hati sbb kawan sekolah
Tp good thing is that I knew now who I can rely and cannot rely on |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
stingerumble5 replied at 3-6-2022 08:02 PM
Yg sama sama tak vaksin macam ko dah tak mo kawan ko pulak, apa kes?ko makjujatkheun theyols keww? ...
Ada juga yang xkisah kaka xvaksin siap ajak open house..Rahim ada sapa2 ajak makan x?raya kt meribrown lg ke kena keje jadi jaga dipagi raya..
Hutang janda porumer dh byr lom? kohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 3-6-2022 05:25 PM
Ada kawan xmo jumpa xmo kawan da just sbb kaka xvaksin..hmm..terasa gk la hati sbb kawan sekolah
Tp ...
ade lg ek mcm ni. tah pape nye la |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 3-6-2022 08:34 PM
ade lg ek mcm ni. tah pape nye la
Hahaa ada lg laaa...Itu hari dia g vaksin siap siap dpt pakej positive COVID..
kaka pernah daftar vaksin online tp 2kali data hilang..malas la nk isi balik..
alhmdlh.even xamik tp so far xpernah kena COVID..tak pernah demam juga dlm 3thn ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|