Sumber IG
Pempengaruh media sosial, Imran Bard memaklumkan dia mungkin kehilangan akaun TikTok yang menjadi periuk nasinya gara-gara ada pihak tidak bertanggungjawab melaporkan empat buah video didakwa melanggar garis panduan komuniti.
Imran menerusi Twitter memaklumkan perkara itu bukanlah kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali terjadi sedangkan segala kandungan yang dimuat naik tidak memaparkan perbuatan tidak senonoh.
"eriuk nasi I bakal ditutup. Saya dituduh menari bogel dan melakukan aksi diluar tabii walhal saya takde teteq nak di show off."
"Dah banyak kali kena padahal saya cuma plywood hidup je yang cuba menari di TikTok," tulisnya.
Pemilik nama sebenar Muhammad Al Imran Badaruddin yang baru berusia 21 tahun itu mulai dikenali menerusi dialog 'ghisau ghisau' apabila selebriti popular tanah air menggunakan dialog
sama untuk video mereka.
Dia mengumpul peminat tersendiri yang gemar menonton kandungan komedi bersahaja yang dipaparkannya.
Rata-rata, ramai yang berharap agar pemuda itu akan terus menghasilkan 'content' menghiburkan walaupun dia terpaksa berulang-kali membuka akaun baru.
Malahan, ada juga yang berkata individu yang melaporkan video tersebut kerana kononnya melanggar garis panduan didakwa dengki dan iri hati atas kejayaan yang dikecapi oleh Imran.
|