CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2403|Reply: 35

Bainun Tak Pernah Urus Penghuni Rumah Bonda- Bayi Dibiar Bawah Meja, Ada Yang Jatuh Dan Berdarah

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Siti Bainun Ahd Razali tidak pernah menguruskan penghuni Rumah Bonda, sebaliknya diserahkan kepada tiga penjaga yang turut menghuni rumah berkenaan.


Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam, 40, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Menurut Suhana, sepanjang mengenali Siti Bainun yang juga pengasas Rumah Bonda, beliau belum pernah melihat wanita itu menguruskan sendiri penghuni khususnya dua bayi masing-masing dikenali Tulus Jiwa dan Tulus Bail.


Foto: Harian Metro




"ada bila-bila waktu saya berada di kondo (kediaman Siti Bainun) atau keluar dengan Bainun dan budak-budak memang bukan Bainun urus, mandikan, makan, tukar pampers (lampin pakai buang) sebaliknya semua urusan itu dilakukan Aida, Yasmin serta Balqis.


"Selain itu, saya sendiri pernah tengok Tulus Jiwa yang masih kecil dan ada alergi kulit dibiarkan duduk serta mengengsot bawah meja hampir sejam, tiada siapa peduli.


"Manakala Tulus Bail pula selalu cedera. Contohnya ada satu malam dia (Tulus Bail) dibiarkan bermain sendiri sehingga jatuh dan berdarah mulut. Apabila dia menangis, Aida, Yasmin atau Balqis pujuk kemudian dibiar main dan jatuh semula di tempat sama serta berdarah lagi.


"Jadi saya rasa budak-budak ini tiada penjagaan baik sebab kejadian ini boleh berlaku berulang kali," katanya.


Dalam sesi sama, Suhana memaklumkan amat yakin Bella tidur di bilik cuci pakaian kerana pernah melihat Bainun bersama Bella ke bilik berkenaan dan wanita itu kembali semula ke ruang hadapan tanpa Bella selain remaja Sindrom Down itu juga tidak pernah dilihat bermain di ruang tamu bersama kanak-kanak lain.


Ditanya Nor Azizah berhubung cadangan dikemukakan peguam Bella mengenai tindakannya tidak membuat laporan polis walaupun mengesyaki Bella didera, Suhana menjawab, beliau bimbang risiko dihadapi Bella dan mahu memastikan Bella dibawa keluar terlebih dulu.


Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok selepas saksi itu memaklumkan berasa kurang sihat dan tidak mampu meneruskan perbicaraan.


Dua saksi pendakwaan masing-masing pegawai forensik dan jurugambar turut dijangka hadir dalam perbicaraan berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda yg aku baca ni....bainun syaitan ni bila dia nk kena hukum...

Makin lama makin bnyk keluar cerita2 yg x boleh diterima akal perbuatan bainun ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:16 AM | Show all posts
ya Allah menyirap nyaa baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:50 AM | Show all posts
sial betul benon ni..elok mampos je la gemok camni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan badan serupa Giant kuasa dua begitu mana la Benon ni sanggup nak urus baby, anak2 kecil, remaja OKU. Rumah Bondage ni camna ntah boleh beroperasi musti audit segala pun takda tapi poplar terima derma sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
How could suhana ni tgk je semua tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 12:46 PM | Show all posts
aku badan besar jugak mmg  x dinafikan x larat nk jaga baby & budak weh... harap2 JKM jgnlah bg Rumah Bonda tu bukak. Kalau nk bukak kena make sure pengurusan dah x berkait dgn Si Bainun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sampai dah tak sanggup nak baca pasal penderaan dia nih sbb takut sedih teruk lagi.

Soalan iols kenapa?

Kenapa dia gigih nak buat menda yg dia sendiri tak suka?
Tau tak kerjaan paling menyenangkan hati adalah hobi yg dibayar?
Jadi kalau hengko mmg tak penah minat membela bebudak udah kenapa ko gigih bela bebudak tu semua????
Iols tak minat nak mengasuh anak2 orang lain walaupun jiran2 merayu minta ngasuh anak dorang.
Menda tak minat buat mmg takkan nak buat. Tp yg nih aneh dah tau tak suka budak2 g jaga budak2 sampai terabai dah didera bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 01:02 PM | Show all posts
Macamana lah dia nak uruskan baby and children, dia nak bawa diri sendiri pun tak terlarat.  Budak2 laju je lari ke memanjat ke, macamana dia nak kejar. Yg baby2 pula feeding time often kan kalau yg dalam bulan lagi, mau dia bangun tengah malam kasi susu?  Tengok dia i rasa dia ni bila duduk je pun dah berdengkur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk yg gemuk sungguh kan si benon ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:38 PM | Show all posts
Edited by nolya at 18-6-2022 12:26 AM

Baca cite Bainun, hari2 ada cite kezaliman terhadap anak2 OKU. Rakyat rasa geram.
Baca cite Najib, hari2 ada cite duit juta2/billion masuk akaun peribadi, rakyat hairan Najib tak masuk kandang berjeriji.
Baca cite Zahid pun gitu, ada je cite dia dihantar duit berbeg2 oleh UKSB.
Pelancaran Mrt ke Putrajaya, Najib mendahului merasmikannya, PM hanya giliran besoknya.  
Baca cite makanan, ayam, telur, roti canai naik harga.
Baca cite cuti2 M'sia, ramai pulak menuju Siam dn ramai juga menunggu giliran tangan tok kadhi nak disalam.
Baca kesah BO, rupanya lama dah akidah Islam tercemar. Di tengah2 azan, gendang dan tarian hingar bingar.
Esok2 apa lagi cite?
Rakyat baca, rakyat jengkel, kesal dn marah
Menjelang pru, pemimpin2 berhati murah
Bantuan dn sedeqah mencurah2
Itupun rakyat masih sudi untuk memangkah
Walaupun mulanya marah2 dn menyampah?

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:43 PM | Show all posts
kalau ditakdirkan yg sheols terlepas di dunia ni, meols berharap sheols dpt balasan di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:48 PM | Show all posts
Satu persatu makin tersingkap
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:02 PM | Show all posts
Suchi replied at 17-6-2022 12:51 PM
Iols sampai dah tak sanggup nak baca pasal penderaan dia nih sbb takut sedih teruk lagi.

Soalan iol ...

30% duit derma org ramai boleh dia sapu sis. apa nak heran kalau buat benda dia tak suka tapi dpt duit free free je gitu. duit derma org ramai bukan sikit2 anak pulak tu. honestly mmg aku antara penderma setiap bulan kat yayasan SA tu. tak banyak la. selain ke yayasan cikgu fadli & raja shamri. sekarang stop dah bagi kat SA. i is sedih dan hampa betul dgr kes2 kat rumah bonda ni.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 17-6-2022 02:02 PM
30% duit derma org ramai boleh dia sapu sis. apa nak heran kalau buat benda dia tak suka tapi dpt  ...

Kan? Cara mana lagi nak senang2 biaya kos FP dia, GF dia, tah apa2 lagi dia order beratus2 ringgit sehari masuk badan peti ais dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:45 PM | Show all posts
nak bergerak pun macam susah... macam mana la nak urus budak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan tahap penganiayaan sebegini, maka tak hairanlah jika sedikit masa lagi akan menerima balasannya.

Aniaya kanak-kanak, anak yatim, anak-anak OKU. Maka tunggulah pembalasan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena hujan rahmat dihari Jumaat nan mulia ini aku doakan semoga bainon insoffff dan menyesal sungguh2 sampai kurus tak lalu makan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak cantik sungguh life dia eh. Dia tak jaga budak2 pun. Menganiaya. Tapi duit atas sumbangan budak2 tu dia rembat. Budak2 yang dia bela tu di suruh menjaga budak2 baby. Hamboi ko. Laknat sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 04:41 PM | Show all posts
Dia pun x mampu urus diri sendiri sampai mcm tu gemoknya, inikan pulak nak urus budak2 kecik yg mmg perlukan byk tenaga...then suruh pulak pembantu2 yg xde ilmu jaga budak2...mmg hancur la...yg penting easy money...sbb tu walau x suka budak2, masih terus beroperasi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.327735 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list