|
Grand Prix Australia Formula 1 pada Khamis mengesahkan ibu negeri Victoria, Melbourne, akan terus menjadi tuan rumah acara itu sehingga sekurang-kurangnya 2035. Foto F1
GRAND Prix Australia Formula 1 pada Khamis mengesahkan ibu negeri Victoria, Melbourne, akan terus menjadi tuan rumah acara itu sehingga sekurang-kurangnya 2035 di bawah perjanjian baharu 10 tahun, lapor Xinhua.
Lokasi penganjuran akan kekal di Albert Park, yang telah menganjurkan Grand Prix Australia sejak 1996. Buat kali pertama dalam sejarah acara itu, Formula 2 dan Formula 3 juga akan menyertai perlumbaan di Melbourne.
Kontrak semasa Grand Prix akan tamat pada 2025, tetapi kerajaan Victoria mengumumkan tambahan 10 tahun lagi kepada perjanjian itu.
Perjanjian baharu itu bakal menyaksikan Melbourne menikmati hak penganjuran untuk Grand Prix Australia selama 40 tahun sejak acara itu berpindah ke Victoria pada 1996.
"Kami tahu betapa pentingnya acara itu kepada ekonomi kami dan kerana itulah ia dilanjutkan bagi tempoh paling lama untuk perlumbaan sejak diadakan di Melbourne," kata Menteri Pelancongan, Sukan dan Acara Utama Victoria, Martin Pakula.
Anggaran pengunjung ke acara itu tahun ini menunjukkan jumlah yang memecahkan rekod, dengan lebih 419,000 orang berduyun-duyun ke Albert Park sepanjang empat hari. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ourne-sehingga-2035
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|