View: 1160|Reply: 18
|
[Tempatan]
Bicara Ahmad Zahid: Muhyiddin Yassin didakwa terima RM1.3 juta dana UKSB
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 17-6-2022 08:00 AM
Bicara Ahmad Zahid: Muhyiddin didakwa terima RM1.3 juta dana UKSB
https://www.utusan.com.my/nasion ... 1-3-juta-dana-uksb/
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL
17 Jun 2022, 1:53 pm
MUHYIDDIN Yassin
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN), Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).
Bekas Perdana Menteri itu didakwa menerima dana tersebut kurang sebulan kembali ke Putrajaya sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.
Dalam prosiding tersebut turut dinyatakan nama anggota Kabinet lain seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Selain itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) yang disebut sebagai ‘MOR’ dalam buku lejar UKSB dan Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar Negeri) turut dikaitkan dengan dana UKSB ketika prosiding hari ini.
Nama-nama tersebut didedahkan saksi pendakwaan ke-17 (SP17), David Tan dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menunjukkan kandungan buku lejar disimpan dalam sebuah pendrive.
Ahli Parlimen Pagoh
Di hadapan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Yazid Mustafa, David Tan atau nama sebenarnya Tan Siong Sun, 47, memaklumkan Ahli Parlimen Pagoh itu menerima dana sebanyak tiga kali daripada UKSB ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
“Wan Quoris (bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) membayar rasuah kepada Hishammuddin, ZH (Ahmad Zahid) dan pegawai-pegawai KDN sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak, maklumat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dalam laporan yang sama juga disebut nama Reezal Merican. Awak tahu tentang perkara ini?” soal Ahmad Zaidi.
Saksi itu kemudian menjawab: Ya, walau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan Reezal Merican menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri apabila Laporan Analisis Kes Cawangan Forensik dan Teknologi SPRM itu dirujuk kepadanya yang turut menyebut nama Hishammuddin.
Tetapi, Reezal Merican diakui saksi itu sebagai penerima dana daripada syarikat sama sebanyak RM200,000 ke RM300,000, sekali, ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bermula 1 Mac 2020.
Khairy Jamaludin
Dalam prosiding tersebut, saksi turut mengesahkan Khairy Jamaludin menerima dana sebanyak RM3.7 juta dan dirujuk sebagai ‘Alamak’ dan ‘Bukit Damansara’ dalam buku lejar UKSB.
Ahmad Zaidi: Sekarang kita lihat kepada projek ‘team pagoh’ semua kod nama yang diletakkan dalam lejar ditentukan oleh kamu? Siapa team pagoh?
David Tan: Ia adalah satu projek
Ahmad Zaidi: Kita pergi kepada ‘TSM’. Siapa ‘TSM’?
David Tan: Merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin.
Ahmad Zaidi: Boleh awak baca maklumat yang tercatat (pada lejar)?
David Tan: 4 Jun 2018, RM300,000; 4 Julai 2018, RM500,000; 23 Ogos 2018, RM500,000.
Ahmad Zaidi: Selepas UMNO (BN) kalah dalam PRU (Pilihan Raya Umum Ke-14), Menteri Dalam Negeri seterusnya adalah Tan Sri Muhyiddin?
David Tan: Ya
Ahmad Zaidi: Projek UKSB masih di bawah KDN (selepas PRU14)?
David Tan: Ya
Ahmad Zaidi: Saya cadangkan bayaran adalah berkaitan projek VLN iaitu kepada kerajaan pada ketika itu (PH).
David Tan: Ya, government of the day.
Buku lejar
Malah, ketika ditanya Peguam Hamidi Mohd. Noh, bekas pengurus pentadbiran UKSB itu mengesahkan ‘FM’ dalam buku lejar tersebut adalah merujuk kepada Anifah Aman.
Bagaimanapun, dia mengakui kesemua dana yang diberikan kepada anggota Kabinet dan ahli politik adalah sumbangan politik.
“Benar, termasuk dana yang diterima oleh Ahmad Zahid,” katanya.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, bekas pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun yang merupakan SP15 memaklumkan nama Khairy Jamaludin disebut sebagai ‘KJ’ dalam buku faraid (lejar) berkenaan selain perkataan ‘bomoh’.
Selain itu, nama-nama lain yang turut tercatat dalam buku sama seperti ‘AK’ (Setiausaha Politik kepada Hishammuddin) dan ‘FM’ sebagai Foreign Minister (Menteri Luar Negeri).
Dalam pada itu, David Tan tidak bersetuju apabila Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang turut mewakili Ahmad Zahid cuba mengaitkan beliau bersama Harry Lee dan Wan Quoris Shah dengan dana diterima daripada rakan niaga di Hong Kong sebagai jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.
Hakim kemudian menangguhkan prosing dan menetapkan 25 Julai ini untuk sambung bicara.
Ahmad Zahid dalam tujuh pertuduhan didakwa secara rasuah menerima sejumlah wang tunai SGD1,150,000; RM3 juta, 15,500 Swiss Franc dan 15,000 Dolar Amerika Syarikat tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.
Dalam 33 pertuduhan lain berjumlah SGD13.56 juta, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa wang tersebut daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya kontrak pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi abah makan jugak ye
kongsi sikit sorang giteewww |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha everyone dapat share yach..
hypocrite! |
|
|
|
|
|
|
|
alang2 dah banyak makan duit tepi asal politaik hanat ni tak berlakon humble jah tak amik gaji menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Satu untuk engkau, satu untuk aku....sampai AJM |
|
|
|
|
|
|
|
Ternyata rasuah merosakkan negara |
|
|
|
|
|
|
|
elok dah tu.... bongkar lagi. tapi sepatutnya mcm kena sorok identiti saksi |
|
|
|
|
|
|
|
padan pun PNgkhianat. duduk dlm PH susah nak merasuah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 18-6-2022 09:53 PM
Sbb tu geng2 hanat ni takut sgt kalo Bangnon naik jadi pm..takut habis semua kes songlap kena londeh,dah x boleh nk makan rasuah lg utk kayakan ank beranak 7keturunan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe dia kan kena tendang ke Federal dulu dari Meja MB negara Selatan
you all rasa kenapa? hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
"Walaupon abahkau sembab dan bengap, atleast tak songlap macam yang lain"
- macai PN, dan PAS sebahagiannya |
|
|
|
|
|
|
|
so yg kata wak jahid bawak fail bertimbun jumpa abahcow tu kira nak ugut laaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Confuse dgn politician2, tak tahu dah mana yg betul2 bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah kerajaan abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.
Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.
(217 patah perkataan sahaja) |
|
|
|
|
|
|
|
Klakar, masa tu TSMY ada kat spital fighting cancer. Nanti jawab balik sonyap ler. Harap si gundhu cacai Najib & Jawa masuk ke dalam, boleh geng PH convert jadik lgbt. |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam 1MDB plak UKSB ni..
Makin lama makin ramai yang tersangkut dengan nya |
|
|
|
|
|
|
|
KJ dgn Muhayuddin dah sangkut namanya, lepas nih, nama politician mana plak yg sangkut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|