CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2359|Reply: 33

[Tempatan] ..zaman BN, ujung2nya askar kita kena kerja kebun sawit juga akhirnya

[Copy link]
Post time 21-6-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pyropura at 21-6-2022 07:10 PM

Setiap kem askar akan ada kawasan tanam sayur - Hisham

Kementerian Pertahanan (Mindef) berhasrat untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di Tampin telah pun dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.

Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi...jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.

“Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM di sini hari ini.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.

Semalam, Zamrose menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanakan menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringankan kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.


Beliau berkata ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.

Sementara itu, mengenai LKT beliau berkata ia merupakan usaha Mindef bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pascapandemik Covid-19.

“Selagi saya Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan, moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan Insya-Allah apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.

"Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset-aset yang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Felda dan Risda tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Koon Yew Yin (dituduh funder Dap), ketawa terbahak bahak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya?
Ko ingat askar tu kerja berkawad, latih menembak 24 jam ke?
Kalau kata bodoh karang marah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg 1 kat mana yang kerja kebun sawit tu?
Tak reti baca?
Tak sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 21-6-2022 07:22 PM
Koon Yew Yin (dituduh funder Dap), ketawa terbahak bahak

lu olang tak tau meza sawit sama sayur ka dey??? Lu mana mali???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 21-6-2022 07:39 PM
lu olang tak tau meza sawit sama sayur ka dey??? Lu mana mali???

Vegetable oil
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tanda malaysia aman damai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 21-6-2022 07:33 PM
Apa masalahnya?
Ko ingat askar tu kerja berkawad, latih menembak 24 jam ke?
Kalau kata bodoh karan ...

Hehe, dulu Koon Yew Yin cakap pasal askar keja kebun bukan main lagi sampai lunyai DAP kena hencap, dituduh hina Atm lah segala bagai. Now boomerang balik.lar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 21-6-2022 07:58 PM
pyropura replied at 21-6-2022 07:44 PM
Hehe, dulu Koon Yew Yin cakap pasal askar keja kebun bukan main lagi sampai lunyai DAP kena hencap ...


Koon yew yin tu sapa?
Hencap? Apa benda tu? Bahasa apa tu?
Ko kalau nak cerita benda lapuk make sure bawak sekali link atau cerita serba ringkas benda yang ko nak sampaikqn. Tak semua orang ingat/ambik berat benda-benda picisan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:36 PM | Show all posts
dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.

Apa yang aku baca ni? Kalau tak berkebun askar tak boleh fokus mempertahankan negara sebab lapar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:40 AM | Show all posts
member aku army bg taw

askar ni selagi tak perang selagi tu depa takde keje
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:53 AM | Show all posts
tagas replied at 22-6-2022 09:40 AM
member aku army bg taw

askar ni selagi tak perang selagi tu depa takde keje

dorg kalau ada event je sibuk cth merdeka parade, birthday agong, hari pahlawan...atau ada lawatan PAT.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk rakyat yang takde kebun camne?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg i oke jer klu nk berkebun
Janji hasil tu bg kat yg berkebun tulah .. haha..
Buat la jugak ternak lembu kambing ayam
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:14 AM | Show all posts
Aku setuju. kalau perlu kita define balik tugas tentera ni go on... cuma pandai-pandailah nak buat, melampau sangat nanti tugas tentera utama yang lain terjejas pulak...

sebabnya ialah biarlah bahagian tentera yang mulakan dulu, sebagai pembuka mata cara penyelesaian menghadapi masalah / krisis makanan ini ada... ada penyelesaian selain subsidi.

ini tidak, ada menteri fikir penyelesaian menghadapi masalah makanan ni cuma fokus kepada subsidi sahaja, sikit skit subsidi....idea lain tak boleh fikir, entah apa sebabnya, tak jelas, mungkin sebab subsidi ni boleh selitkan kepentingan sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 10:14 AM | Show all posts
Aku setuju. kalau perlu kita define balik tugas tentera ni go on... cuma pandai-pandailah nak buat, melampau sangat nanti tugas tentera utama yang lain terjejas pulak...

sebabnya ialah biarlah bahagian tentera yang mulakan dulu, sebagai pembuka mata cara penyelesaian menghadapi masalah / krisis makanan ini ada... ada penyelesaian selain subsidi.

ini tidak, ada menteri fikir penyelesaian menghadapi masalah makanan ni cuma fokus kepada subsidi sahaja, sikit skit subsidi....idea lain tak boleh fikir, entah apa sebabnya, tak jelas, mungkin sebab subsidi ni boleh selitkan kepentingan sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 22-6-2022 09:40 AM
member aku army bg taw

askar ni selagi tak perang selagi tu depa takde keje

Jadi betul la yg. Koon Yew Yin ni cakap, ke gimana ??? Mohon penjelasan.



https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2019/08/hinaaskar2.jpg

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:38 AM | Show all posts
Dia sebut pasal kawasan tanam sayur jer... yg tiba2 criter pasal ladang sawit lah, kerja buat kebun lah...
And those yg tak tau apa kerja askar, cubalah masuk jadi askar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:44 AM | Show all posts
memang tak nmpk buat keje tapi kau bayangkan umah kau takde dinding apa mcm?
tanam sayur bukan keje atm itu spatutnya korg la buat. askar dari dulu mmng gitu. mana pegi jabatan pertanian jabatna alam sekitar jabatna sayur kacang dan pucuk ubi? patutnya semua tu berkolabrisi menjadikan malaysia negraa pertanian berlestari. stupido
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058753 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list