CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2106|Reply: 36

[Tempatan] Kerana Sekuriti Makanan,Menteri Pertahanan kata kem askar dijadikan kawasan tanam sayur.Bernas tak idea ini?Bincangkan(13 markah)

 Close [Copy link]
Post time 22-6-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 22-6-2022 11:04 AM

Kementerian Pertahanan (Mindef) berhasrat untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di Tampin telah pun dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.

“Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi...jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.

“Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM di sini hari ini.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.

Semalam, Zamrose menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanakan menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringankan kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.

Beliau berkata ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.

Sementara itu, mengenai LKT beliau berkata ia merupakan usaha Mindef bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pascapandemik Covid-19.

“Selagi saya Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan, moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan Insya-Allah apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.

"Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset-aset yang diperlukan dan sekiranya kita mampu dalam konteks kewangan negara, Kementerian Pertahanan akan mempercepatkannya, itu adalah proses yang saya umumkan sebelum ini," katanya.

- Bernama




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:24 AM | Show all posts
Alahai, dia nak guna kawasan kecik dlm kem buat askar2 bercucuk tanam jer, bukan nak convert seluruh kem jadi kebun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:26 AM | Show all posts
okay je tu.. daripada kawasan kosong, baik tanam sesuatu yang boleh dimanfaatkan warga kem tu..
no problemo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanam je laa. Pakai hidroponik kan? Asalkan benda RM400 seunit tak jadi RM4000 dah laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:35 AM | Show all posts
bagus la camtu...galakkan penanaman sayur sbb kawasan luas dari tak buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:40 AM | Show all posts
Antara Menteri dengan Panglima ATM, siapa lagi besar kuasa dia? Kiranya apa menteri cakap Panglima ATM kena dengar je lah ye ke macamana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 11:42 AM | Show all posts
cadangan yg bernas, sepatutnya di buat di seluruh kem tentera di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:42 AM | Show all posts
Ok la tu.   

Tentera laut pulak....boleh mintak tangkap ikan, candat sotong.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:50 AM | Show all posts
Kalau nak tanam serba sikit tak ada salahnya boleh jadi aktiviti masa lapang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:55 AM | Show all posts
dari zaman 90an aku dah tengok ada kebun dalam kem, tentera tanam sendiri, diaorang masak dalam kem untuk semua anggota, tapi yang buat anggota sendiri, anggota rajin yang memang ada minat, tapi lama tu, hilang kebun, katanya pegawai tak suka, gitulah kisah di tahun 90an.

kalau kita tanam sendiri, masak sendiri, sedap weii dapat pulak sembang dengan kawan2, aku yang tanam, bangga, dapat pahala, jimat duit kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:00 PM | Show all posts
ok apa.. dari tanah jadi semak samun, tanam je la benda yang boleh makan..
seriously.. i jeles dengan orang yang campak apa pun jadi pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:02 PM | Show all posts
ok je pun... kawasan kem ni lapang je pun sbnrnya..bukan nya sempit mcm flat pprt, parking pun berebut
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:57 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-6-2022 01:03 PM
pekanwoohoo replied at 22-6-2022 11:40 AM
Antara Menteri dengan Panglima ATM, siapa lagi besar kuasa dia? Kiranya apa menteri cakap Panglima A ...

panglima la lagi besar. direct bawah YDPA.
menteri tak boleh suka hati tukar panglima tentera.  

tapi macam polis - KPN or KP negeri,
kementerian boleh tukar org lain, kalau geng kartel tak puas hati

dalam ATM, menteri cuma boleh bagi advice and suggestion ajer.
tapi menteri ada power nak approve bab bajet tentera.




Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:02 PM | Show all posts
TT ni MN editor cari ka. Perangai sama ja

apa beza dengan benang pyro semalam

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

@xpdckelate
@Xim
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:08 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-6-2022 01:20 PM

idea hishamuddin ni bagus, tapi kurang efektif.
sebab tentera ni semua masih aktif on duty, dan dalam payroll.
bercucok tanam hanya jadi hobi.

kalau nak serius utk food security, ATM boleh support askar yang dah bersara,
yang umur 40-45 tu untuk jadi petani,
bagi loan tanah tol sorang 2 ekar, kalau menjadi hasil nya,
kasi extend lagi 5-10 ekar sorang.
kalau takde hasil dalam 5 tahun, ambik la balik tanah tu.

jadi tak payah la askar pencen ceroboh tanah kerajaan 2 ekar,
dan penjara kan dia 2 tahun. cuba kasi mereka yg berminat ni tanah dan peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:13 PM | Show all posts
https://www.bharian.com.my/taxon ... 50000-ceroboh-hutan


Bekas tentera dipenjara 2 tahun, denda RM50,000 ceroboh hutan

[size=0.8]Shaarani Ismail - Disember 6, 2016 @ 4:39pm[email protected]
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]39[/url]



Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 terhadap seorang bekas tentera kerana didapati bersalah menceroboh hutan simpan kekal tanpa kebenaran dua tahun lalu Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, A Raman Hashim, 51, dipenjara selama dua tahun lagi jika gagal membayar denda yang ditetapkan. - Foto L. Manimaran

TAIPING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 terhadap seorang bekas tentera kerana didapati bersalah menceroboh hutan simpan kekal tanpa kebenaran dua tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, A Raman Hashim, 51, dipenjara selama dua tahun lagi jika gagal membayar denda ditetapkan.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan.

A Raman didakwa bersama beberapa yang lain melakukan penerokaan tanpa kebenaran di Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjung dekat Gunong Semanggol, Kerian, antara 8 Jun hingga 21 September 2014.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Dia didakwa pada 3 Mac tahun lalu mengikut Seksyen 32(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 yang diguna pakai kerajaan negeri mengikut Enakmen Perhutanan Negeri 1985 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam, Mustafa Ghazali.

Mahkamah turut membenarkan hukuman penjara terhadap tertuduh ditangguh sehingga rayuan keputusan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Mohd Sabri memerintahkan hukuman denda RM50,000 yang dikenakan kekal dan tiada penangguhan dibenarkan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 22-6-2022 01:21 PM

dlm 2 thn lepas,salah satu jabatan atm dkt kem sg.besi ada panggil tempat aku kerja kasi konsultasi tentang penanaman dkt sana. so hantarla team pegi survey. planning nak buat fertigasi, kebun sayur & ternakan ikan. bila team hantar anggaran bajet terus senyap jabatan tu haha. ingat murah ka nak buat agriculture ni. setakat tanam sayur sikit2 mcm dkt kampung bolehla nak jimat kos
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Drpd kem askar,baik ko sajes guna kawasan lama dlm istana negara dan semuaaaa istana kt msia ni
Tanah kwsn dlm istana depa besar2 dan luuuaaasss.....bleh tanam macam2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-6-2022 01:30 PM
Drpd kem askar,baik ko sajes guna kawasan lama dlm istana negara dan semuaaaa istana kt msia ni
Tana ...

Raja thailand benarkan tanahnya digunapakai utk penyelidikan pertanian..raja2 kita mcm mana..jgnlah asyik tayang harta benda atau msk sedap2 je....fikirlah utk kepentingan rakyat dlm skala yg lebih besar
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:50 PM | Show all posts
boleh tanam pokok ulam serai kayu. tak perlu jaga pokok tu. dari dok tanam pokok krismas sekadar cantik tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070110 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list