CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 16

[Tempatan] Wanita yang kesunyian kategori golongan paling ramai jadi mangsa pelbagai Scam

[Copy link]
Post time 22-6-2022 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Wanita paling banyak jadi mangsa tipu dalam talian
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Jun 22, 2022 @ 7:59pm

KUALA LUMPUR: Jumlah laporan harian yang diterima polis daripada mangsa kes penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan saban tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata ia membabitkan pelbagai jenis penipuan dalam talian antaranya Macau Scam, Love Scam, tipu pelaburan tidak wujud, pinjaman wang tidak wujud dan sebagainya.

Katanya, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang tempoh 2020, secara puratanya sebanyak 47 laporan polis diterima setiap hari di seluruh negara berkaitan kes penipuan dalam talian.

"Bagi tahun 2021, sejumlah 57 laporan kes diterima sehari di seluruh Malaysia dan jumlah itu terus meningkat kepada 72 kes sehari sepanjang tahun ini dari tempoh Januari hingga Mei lalu.

"Bagi polis Kontinjen Kuala Lumpur, sebanyak tujuh kes diterima sehari pada 2020, dan jumlah itu meningkat kepada lapan kes sehari pada 2021 dan angka terus meningkat kepada 11 kes sehari pada tahun ini.

"Bagaimanapun, untuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, secara purata sebanyak dua laporan kes diterima sejak 2020 sehingga tahun ini," katanya pada sesi Town Hall berhubung isu penipuan dalam talian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2, Kepong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya kaum wanita menjadi golongan paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian berbanding kaum lelaki.

"Rekod PDRM menunjukkan 55 peratus mangsa penipuan adalah wanita dan selebihnya iaitu 45 peratus mangsa adalah lelaki.

"Statistik mengikut kaum pula merekodkan orang Melayu paling ramai menjadi mangsa dengan 40 peratus diikuti Cina (30 peratus), India (19 peratus) dan lain-lain kaum (11 peratus).

"Rekod juga menunjukkan golongan berusia 17 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa penipuan iaitu sebanyak 65 peratus kerana mereka yang paling ramai menggunakan telefon bimbit dan melayari sosial media.

"Golongan ini juga terlampau obses untuk membeli barangan dalam talian terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum akhirnya menjadi mangsa penipuan," katanya.

Selain itu, katanya 23 peratus mangsa adalah mereka yang berusia 41 hingga 60 tahun kerana kajian mendapati mereka kurang pengetahuan mengenai 'scammer' kerana tidak membaca surat khabar dan melayari internet.

"Wanita yang kesunyian pula dikesan sering menjadi mangsa penipuan 'Love Scam' apabila terpengaruh dan jatuh cinta dengan sindiket

"Rekod juga menunjukkan mereka yang ditipu ini datang dari pelbagai latar belakang seperti pekerja swasta, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan," katanya.

sumber: bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahhh
Makcik iols lah salah sorang tu...
Lama dah...
Masa tahun 2007 kots..
Siap chatting kat tagged..gambo omputih...
Nak gi uk..last2 kena tipu...
Almost 100k .
Iols lah teman dia gi kat jenayah komersial bagai neh..polis pung geleng jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohamed Alex....nama scammer ..guna gambo omputeh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu yang kesunyian kategori golongan paling ramai jadi mangsa pelbagai Scam

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunyi apenye....duduk lam hutan ke sunyi sangat tu..bercampurlah dgn org...layan internet ke..cari hobi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..dorang tak layan internet dan tak baca sokabar..ok..akak tak baca habis td
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 12:00 AM | Show all posts
Baru pagi tadi dapat call from no mobile phone biasa, bila angkat operator yang jawab cakap dari lhdn, kdg2 dari kkm,, Poslaju pun ada. Hari minggu kacau orang. Yal betul. Aku ingat nak Layan je scammer2 ni, Saje ajak borak, baru nak start borak anak lak memekak nak itu ini. So berbalik kepada tajuk cerita ni, betul lah yang selalu terperdaya tu adalah wanita kesunyian
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
rajin melayan gitu ler..
dah tentu pemalas. cuba tgk rumah dah kemas ke.. dah mop ke.. kot baring melangut je gitu laaa..
dan jenis melekat hp kt tangan.
sbb ada sorang kwn begitu. tengok dia je kita pun rasa letih. pemalas giler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 22-6-2022 04:05 PM

Pix apa depa guna sehingga ramai ter goda....... If handsome Or Kaya or Good job tidak boleh percaya tanpa socmed depa boleh dapat partner..... Depa cari acik acik tua di socmed memang ridiculous untuk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:52 AM | Show all posts
Aku antara yang terkena scam indirectly. Imam tempat aku tiba2 mesej  nak pinjam 3k. Imam ni bukan fulltime sebab ada kerja sendiri. Kereta pun pakai Lexus , Rumah semi-D dlm  700k-800k
Sebab dah kenal 2-3 tahun, imam pulak so bagilah pinjam . Dia cakap nak pulangkan balik dalam masa 3 bulan. Dlm mesej siap pesan jgn hebohkan pada orang lain.

Rupa2nya dah banyak jiran2 yg terkena sebab percaya. Ada yg kelurkan ASB RM50k semata2 nak bagi dia pinjam.

Bila kes dah terbongkar, dia ni rupanya dapat email nigerian scam yg boleh bawak duit juta2 masuk Malaysia dgn syarat kena bayar processing fee dulu. Dia siap pergi UK untuk proses bawak duit tu.

Sebab dah banyak sangat pinjam sana sini (ratus ribu jugak) , kereta dan rumah terpaksa jual. Sekarang , aku dah tak tau kat mana dia ni pergi. Duit aku dia bayar dlm RM 600 je.

Kesimpulan.. imam ke, bilal ke jgn lah percaya sgt. Kalau nak bagi pinjam, bagi je amount yg kau tak kisah kalau dia tak bayar pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:17 AM | Show all posts
andartu2 pd setiap kategori akan mengalami masalah kesunyian ni...yakni junior, senior dan forever
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:19 AM | Show all posts
"Rekod juga menunjukkan golongan berusia 17 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa penipuan iaitu sebanyak 65 peratus kerana mereka yang paling ramai menggunakan telefon bimbit dan melayari sosial media.


andartu dlm kategori 28 hingga 40 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
'Get a life'.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:23 AM | Show all posts
daripada dulu aku ckp, andartu ni akan membawa masalah kpd negara...it has already become a reality dah pun...many2 years ago
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:41 PM | Show all posts
Kerana wanita ingin mencintai dan dicintai. Tapi dek buta oleh cinta, maka ditipu hidup2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:51 PM | Show all posts
arrgghh aku sunyi!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pompuan.. Yg andartu kena scam.. Yg da kawin kena bela biawak pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.138168 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list