Tahap kerapuhan tulang Rohit amat kritikal sehinggakan tulangnya boleh patah jika tersalah sentuh.
Keadaannya itu menyebabkan Rohit tidak dapat menikmati kehidupannya seperti kanak-kanak lain, malah tumbesarannya juga terbantut iaitu mempunyai berat 15 kilogram dan setinggi 43 sentimeter.
Rohit tidak mampu melakukan aktiviti hariannya tanpa bantuan ibunya. Sejak dilahirkan, Rohit pernah patah 100 tulang dengan purata lapan tulang patah setiap tahun.
Keadaan fizikal Rohit tidak membolehkannya menghadiri sekolah, menyebabkan kakaknya mengajar dia membaca serta mengira di rumah, selain perlu menanggung kesakitan setiap hari.
Biarpun fizikalnya tidak sempurna, Rohit bercita-cita untuk menjadi penyanyi apabila dewasa kelak.
Sehingga kini, tiada ubatan khusus untuk merawat penyakit tulang rapuh selain meningkatkan perlindungan dan menguatkan tulang.