CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 6

[Politik] PAS fobia dengan PH

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-6-2022 11:49 PM

PAS Pahang sama sekali menolak idea ‘khemah besar’ dan tetap memfokuskan kepada agenda Penyatuan Ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

PAS Pahang tetap dengan prinsip yang sejajar dengan prinsip PAS di peringkat pusat untuk berdiri teguh dengan usaha kerjasama politik yang bertujuan menguatkan umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan-Islam yang tidak ekstrem dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam di dalam Negara kita untuk bersama-sama membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam, usaha dan prinsip PAS ini adalah bertepatan dengan Perlembagaan PAS yang dasarnya adalah Al Quran, Hadis, Ijma dan Qias,

PAS tetap menggerakkan usaha muafakat ummah termasuklah di Negeri Pahang untuk menghadapi PH pada PRU15 yang bakal mendatang. PAS tetap inginkan parti-parti Melayu Islam bersatu dan bergabung dengan parti-parti bukan-Islam yang tidak ekstrem bagi mencapai penguasaan di dalam Dewan Rakyat supaya negara dapat diperintah dengan penuh harmoni dan kesejahteraan.

Cadangan khemah besar itu seperti akan melahirkan semula kerajaan PH 2.0, PAS tidak akan terheret sama untuk kembalikan semula negara ke dalam senario kerajaan 22 bulan tersebut. Kita inginkan sebuah negara yang diperintah dengan penuh rasa hormat terhadap kedaulatan agama dan perlembagaannya.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang

HarakahDaily



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
goyang semacam lobai takut walaun bertaubat dari terus percaya dgn ajaran sesat, negeri lain tak dapat pantai timur pon kena sapu ngan parti lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun phobia ngan PH 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:56 PM | Show all posts
menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan???

Hmmmmm, apa yg PAS faham dgn Perlembagaan Persekutuan??
Kafir?Toghut?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 dgn penyatuan ummah.. harga barangan makin canak dgn inflasi korang senyap buat2 masuk gua kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg dah dok dlm kjaan dgn umeno tu x kira penyatuan ummah ke lobai bodoh???..yet negara ni tunggang langgang jgk bwh penyatuan ummah yg korg dok jaja tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencetus Ummah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041542 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list