|
Seorang bekas tentera dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membunuh dua jirannya, Stephen dan Jennifer Chapple.
Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Collin Reeves, 35, yang bakal berdepan tempoh minimum 38 tahun penjara apabila melakukan pembunuhan kejam terhadap pasangan menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya.
Foto: SWNS
Kejadian berlaku disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa berhubung parkir kereta di kawasan rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset pada November tahun lalu, lapor News Sky.
Ketika kejadian 'tragis' berlaku, anak-anak pasangan suami isteri itu sedang nyenyak tidur sewaktu suspek melompat pagar sebelum menyerang mangsa.
Foto: PA
Suspek yang berjaya memasuki rumah jirannya ini menikam mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada dan bahu.
Berikutan kejadian suspek kemudian menghubungi talian kecemasan dan mengaku telah menikam pasangan suami isteri itu.
Sumber: mStar |
|