CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 1

Bayi Tujuh Bulan Tertelan Jarum 5.5cm, Tertusuk Usus

[Copy link]
Post time 23-6-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Riyadh: Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi berketurunan Amerika Syarikat yang tertelan jarum 5.5 sentimeter (cm).


Memetik Arab News, bayi berusia tujuh bulan itu datang ke negara berkenaan untuk menunaikan umrah bersama keluarganya.


Dia dalam keadaan kritikal apabila tiba di jabatan kecemasan hospital terbabit berikutan jarum berkenaan tertusuk usus dan menyebabkan lubang kecederaan.


Foto: Saudi Press Agency




Pasukan perubatan berkenaan mengeluarkan jarum tanpa pembedahan, walaupun kesukaran yang ditimbulkan atas faktor usia bayi dan saiz jarum.


Prosedur berjaya dan bayi itu dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat.


Ketua pasukan perubatan, Dr Abdullah Al-Shanbary berkata, selepas pembedahan bayi itu dirawat dalam keadaan berpuasa selama empat hari dengan menjalani pemeriksaan dan imbasan sinar X.


Katanya, keputusan sinar X menunjukkan luka dalaman bayi itu sembuh.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif hospital itu, Dr Hilal Al-Maliki memuji kecekapan pasukan perubatan itu dan menekankan hospital itu dilengkapi dengan peralatan terkini dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes kritikal. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 11:15 AM | Show all posts
dr indon ke arab ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.213119 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list