CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2265|Reply: 24

Tak Masuk Akal Mati Terjerut Buai, Che' Puan Besar Khaleeda Gesa Siasat Semula Kesa Bayi Syifaa

[Copy link]
Post time 23-6-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan atau lebih dikenali sebagai Syifaa ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari lalu, perlu disiasat semula.


Isteri Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam membuat gesaan itu menerusi hantarannya di Instagram.




Foto: Harian Metro




Dalam hantaran pertama, Che' Puan Besar Khaleeda berkongsi hantaran bapa kepada bayi berkenaan, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan bayi terbabit serta laporan bedah siasat yang meragukan dengan peringatan mengenai tarikh sebutan semula kes inkues di Mahkamah Koroner Seremban, 29 Jun ini.


Che' Puan Besar Khaleeda yang meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.


Hantara kedua Che' Puan Besar Khaleeda juga menyuarakan pendapatnya yang melihat kecederaan bayi itu yang dikatakan akibat terjerut tali buaian seperti tidak masuk akal.













"Bagi saya tidak masuk akal 'Baby' (bayi) Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret," tulisnya.


Che' Puan Besar Khaleeda kemudiannya berkongsi lagi hantaran Yuseri yang dibuat pada 24 Mac lalu dengan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.


"How can someone do this to a helpless child (Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak berdaya).


"'You need to reinvestigate this case (Kamu perlu siasat semula kes ini)," tulisnya dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Rina.








Sementara itu, pada malam tadi, sekali lagi Khaleeda membuat hantaran merujuk kes berkenaan.


"Dan lagi satu yang kawan saya 'pointed out' (tunjukkan), kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, 'will it not show a thicker mark?' (bukankah ia akan menunjukkan kesan yang lebih tebal?) Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis," soalnya.


Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.


Dalam siasatan awal polis, pengasuh bayi itu mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.


Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kematian bayi berkenaan.


Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mahkamah Koroner Seremban. -CARI


Sumber: Harian Metri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 01:39 PM | Show all posts
Allahuakbar..x sampai hati tengok gambar mayat arwah baby syifaa..sedihnya iollss..smoga ada pengakhiran yg baik untuk kes arwah ni amin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak yang pelik kes ni. May justice be served.


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Luahan bapa baby Syifaa.

Setiap kali menatap gambar ini, tahu apa aku rasa dan fikir?

Sebelum aku cerita apa aku rasa.

Di sini aku nak kongsi bagaimana Pengasuh bernama Khairunnisa bertindak selepas isu Baby Syifaa mula menjadi tular.

Dia WhatsApp isteri aku, kata nak jumpa dan kononnya beliau patut berjumpa kami untuk beritahu perkara sebenar.

Namun, apabila aku hubungi untuk berjumpa tiba-tiba Khairunnisa mengelak malah tidak menjawab telefon.

Khairunnisa, aku tahu Baby Syifaa dimandikan sebelum dibawa ke klinik kesihatan.

Sebab manusia dalam keadaan terjerut pasti air liur atau hingus meleleh. Apa lagi seorang bayi berusia 15 bulan.

Kedua, kesan luka melecet di kaki Baby Syifaa juga telah bersih malah baju tiada bau peluh.

Malah IO, Inspektor Thinagaran akui dan kata, “pengasuh cuba cuci buai. Saya dah rampas buai itu hantar forensik..” walaupun aku tidak pernah tengok rupa buai yang menjerut Baby Syifaa.

Kenapa Baby Syifaa dimandikan sekiranya ia benar dalam situasi cemas dan kemalangan?

Menurut OCPD Seremban, Khairunnisa telah tinggalkan Baby Syifaa selama satu jam untuk buat kerja lain. Kau pergi mana, buat apa?

Sebenarnya aku ada jawapan untuk semua persoalan ini. Tapi aku nak tengok wayang Tamil apa lagi puak pembunuh dengan rakan subahat nak main dalam Inkues nanti.

Macam aku kata, PDRM dan AGC dan puak pembunuh Baby Syifaa sedang terjerut leher akibat skrip ciptaan sendiri.

29 Jun 2022. Please save the date!

Berbalik kepada apa perasaan aku menatap wajah Baby Syifaa sebelum dikafankan?

Aku rasa anak aku sedang tidur dan aku akan jumpa Baby Syifaa nanti di syurga.

Baby Syifaa puteri yang Allah SWT pinjamkan untuk bantu aku ke syurga.

Tapi aku seorang manusia biasa, ada ketika aku rasa nak jerut leher anak Pengasuh bagi beliau dan keluarga rasa apa yang aku rasa!

Tapi aku masih lagi waras kerana anaknya tak buat apa-apa kesalahan pada aku begitu juga Baby Syifaa tak buat apa-apa kesalahan pada sesiapa.

Jadi, aku mendoakan ke semua bangsat yang terlibat dalam skrip bayi terjerut buai ini mati dalam kemalangan yang amat dasyat.

Amin Ya Rabb.

Justice Delayed is Justice Denied!

#Justice4BabySyifaa

Bantu saya share kerana posting Baby Syifaa disembunyikan daripada News Feed.

https://www.facebook.com/100001466497404/posts/5295694993822665/?d=n
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:48 PM | Show all posts
finally

dapat jugak perhatian dr kayangan

byk sgt teori masing2

last2 aku tak follow dh

moga baby syifa tenang aman damai di sorga tunggu parent nya  nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 02:56 PM | Show all posts
Ini yang ayah dia lawyer nak bawa kes antivaksin ke court kan? Dah tiba masanya CP Khaleeda je take over kementerian Rina. Ni nanti mesti dia akan tiba2 muncul mencapub.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat keadilan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terbela kes² macamni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:59 PM | Show all posts
Bagus..pressure lagi kalau semua buat duk buat dono
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:03 PM | Show all posts
dah lama kes ni kan....ramai buat bodoh jer....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bapaknya..merata negeri bawak sepanduk Justice for baby syifaa. Nak semua orang aware. Nak harapkan sokongan. Kes ni memang perasan pihak atasan buat dono je. Yang pelik sekali pengasuh tidak direman langsung.
Semoga keadilan tersingkap tidak lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:30 PM | Show all posts
naina replied at 23-6-2022 05:10 PM
Kesian bapaknya..merata negeri bawak sepanduk Justice for baby syifaa. Nak semua orang aware. Nak ha ...

Adakah kes polis malas buat keja betul2, nak cepat tutup kes, malas siasat betul2?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:32 PM | Show all posts
Aku sokong hukum sebat pada pendera kanak2. Biar menggeluporr terkeluar kulit
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 23-6-2022 05:30 PM
Adakah kes polis malas buat keja betul2, nak cepat tutup kes, malas siasat betul2?

Malas nak bukak kes maybe polis ada kaitan dengan pihak tertentu. Kalau follow kes ni. Bapak nya tu ketua komuniti yang menolak vaksin. Semua yang Bos2 yang aniaya staff yang tak nak cocok tak kira gomen NGN swasta dapat surat saman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:43 PM | Show all posts
naina replied at 23-6-2022 07:21 PM
Malas nak bukak kes maybe polis ada kaitan dengan pihak tertentu. Kalau follow kes ni. Bapak nya t ...

Jahat sungguh nak akiaya prg taknak vaksin. Perlu ke nak aniaya org just sbb org taknak vaksin, pelik betul negara kita ni. Terlalu kejam apa yg berlaku bila tgk kaki fia. Siapa pengasuh dia ye? jahat sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 10:44 PM | Show all posts
Rina harun n polis tak buat keja sampai diarahkan oleh royal. Buat malu jah. Pak mail tu klu ada peluang rasa mcm ada mood nak tampar muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:04 PM | Show all posts
Heran ye ada manusia yg sanggup n tergamak melakukan kekejaman fizikal pd manusia lain apatah lahi pd seorg budak berusia tiga tahun. Pada fikiran aku klu dari segi logic org biasa yg berfikiran normal tak mampu dr segi mentalnya utk menyiksa manusia lain, kecuali dia seorg yg kejam, mmg bangsatt sungguh manusia mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Finally!!! Walaupon ayah dia poyo ke bajet bagus ke, tp x patut anknya dibunuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 23-6-2022 10:44 PM
Rina harun n polis tak buat keja sampai diarahkan oleh royal. Buat malu jah. Pak mail tu klu ada pel ...

Pak mail ada muka yg membencikan. The only PM yg sembab n lembab. Wak yidin tu aku boleh tgk lg muka dia rasa la vibes abah2 tu. Tp mcm ko ckp, rasa nk tmpr muka mail. Tp i imejin lepas tmpar pon muka dia masih begitu sbb lembab
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.112349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list