CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 711|Reply: 4

[Tempatan] Pakar ekonomi jangka kadar dividen KWSP yang lebih rendah untuk 2022

[Copy link]
Post time 23-6-2022 08:06 PM | Show all posts |Read mode
PAKAR ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengihkan kadar dividen yang lebih rendah bagi 2022 berikutan jumlah pendapatan pelaburan yang lebih lemah yang dicatatkan semasa suku pertama berakhir 31 Mac 2022.

Dana pencen itu hari ini mengumumkan bahawa jumlah pendapatan pelaburannya telah merosot kepada RM15.85 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM19.29 bilion yang dicatatkan semasa suku pertama tahun lepas berikutan penurunan dalam pasaran di seluruh dunia.

“Kadar dividen KWSP dijangka jatuh seiring dengan pendapatan pelaburan yang lebih rendah,” kata Profesor Ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng kepada Bernama Ketika dihubungi.

Tahun lepas, KWSP sebagai salah satu dana persaraan tertua dan terbesar di dunia, mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan Syariah.

Menurut Yeah lagi, konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan termasuk inflasi serta peningkatan kadar faedah seperti kanaikan 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan jangkaan pertumbuhan global disemak semula ke bawah.

Selain itu, risiko kemelesetan juga semakin bertambah Ketika AS bergelut untuk mengendurkan ketegangan inflasinya.

“Sekiranya ia mampu mencatatkan perkembagan yang baik dan China dapat meneruskan aktiviti biasa di tengah-tengah dasar sifar COVID-19, kita mungkin melihat pendapat pelaburan bertahan untuk membolehkan dividen yang memuaskan, yang kemungkinan besar akan lebih rendah daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Profesor Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams mempunyai pendapat yang sama, beliau tidak menjangkakan dividen yang tinggi untuk 2021 akan diulangi pada tahun ini memandangkan isyarat awal sudah boleh dibaca berdasarkan persekitaran pelaburan secara umum.

Tahun lepas, pretasi dividen KWSP secara keseluruhan disokong oleh pemulihan yang kukuh dalam pasaran ekuiti, katanya.

“Tetapi pertumbuhan 2022 sudah mula dicanangkan menurun di seluruh dunia, jadi pulangan pelaburan mungkin lebih rendah.” kata Wiliams.

Sementara itu, Yeah berkata prestasi suku pertama yang lebih lemah memang dijangka susulan pergolakan dalam pasaran kewangan, makanan dan tenaga global ekoran konflik Rusia-Ukraine.

“Pasaran kewangan juga dipacu oleh peningkatan inflasi yang kukuh termasuk ramalan kenaikan kadar faedah,” katanya.

Williams, bagaimanapun menjelaskan bahawa hasil suku pertama tidak dijangka tetapi juga tidak mengejutkan susulan pergolakan dalam pasaran umum pada suku yang ditinjau.

Sehingga 31 Dis 2021, jumlah pendapatan pelaburan KWSP menokok enam peratus kepada RM67.06 bilion berbanding RM63.45 bilion yang direkodkan semasa 2020, didorong oleh pemulihan progresif pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas asset di tengah-tengah pemulihan global.

https://suaramerdeka.com.my/pakar-ekonomi-jangka-kadar-dividen-kwsp-yang-lebih-rendah-untuk-2022/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:37 PM | Show all posts
Semoga tak terlalu rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelabur kripto tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi tekan 10k satu kali lagi!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.091390 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list