CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 15

[Tempatan] Berita biasa bila hujan berterusan: Kuala Lumpur, Selangor dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 24-6-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur, Selangor dilanda banjir kilat

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... landa-banjir-kilat/

Oleh ALWANI ZAFIRAH
24 Jun 2022, 10:02 am



PETALING JAYA – Keadaan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air dan berlakunya banjir kilat.

Menerusi ciapan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di Twitter memaklumkan antara kawasan yang terkesan adalah Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion menyebabkan kedua-dua arah ditutup.

“Antara jalan lain yang dinaiki air adalah Jalan Kampung Pandan, Sunway Velocity, Terowong Semarak berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail Jalan Imbi.

“Di Selangor pula, banjir kilat dikesan berlaku membabitkan kawasan di Plaza Tol Kemuning arah barat dan timur menyebabkan aliran trafik perlahan di kedua-dua arah,” ciapnya.

Sementara itu, menerusi kenyataan dikeluarkan Polis Kuala Lumpur, banjir kilat yang berlaku di Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion telah menyebabkan air naik setinggi paras lutut pada pukul 6.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 10:30 AM | Show all posts
ptt la lain mcm pya sesak
selalu 20 minit je dr rumah hantar anak sekolah
masuk ofis
hari ni 40 minit baru smpai ofis
dh la bila hujan org memandu jd agresif
bingit dgn hon sana sini pagi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:50 AM | Show all posts
senang dlm hati sbb boss amik emergency lv
umah kayangan nya tak boleh in out sbb banjir... hahahahah
aku gelakkan je la, kata umah org kaya mana nak sama level ngan b40 & m40
maka kita buat kerja smbil layan lagu pramlee ... senangnya dalam hati
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau time hujan2 ni memang wajib kena keluar rumah awal. Nak mengelak jem jalan dan perangai pemandu2 lain yang azab.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:56 AM | Show all posts
ntah ler...risau rasa tgk kome yg stay di kl selangor yg selalu sangat banjir tu..apakah kerajaan kena start pikirkan relocate ibu negara ???

kesian korang yg dah lali ngan banjir semua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:04 AM | Show all posts
warga kl/s'gor rasanya skrg da perlu invest beli sampan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2022 11:16 AM | Show all posts
Kesian nya lah ummah Lembah Klang ni. Tak habis2 dengan jam. Kalau masa driving agak2 kereta tu nak hanyut ke apa, standby headrest & pecahkan cermin tepi atau belakang. Takutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:25 AM | Show all posts
Hujan saja EL. Cakap kat boss takut banjir.
Lebuh Raya Guthrie 2 hari lps mengahala shah alam
Jem dr jambatan Denai Alam/Bkt Subang sampai Tol Bukit Jelutong.
Ramai U turn. Patah balik. Tidur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 12:06 PM | Show all posts
sesak teruk la pagi ni
hujan sedari subuh sampai kol 10 lebih
biasa kol 8 dah sampai opis
hari ni dekat jam 9
boss ni pun
bagi la sambung wfh
so far kerja semua jalan tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:13 PM | Show all posts
Hidup dalam iklim tropics tapi infra macam negara hujan rintik2 belum lagi yang buang teddy bear dalam longkang yang sudah sedia sempit.

Apa lagi yang kurang untuk banjir. Cukup syarat kan? Enjoy ja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaraya billion ka bulatan billion? Kompius sat. Pasaraya billion kt mana?

Huihh pg td mmg jem hamatt. Pakat lambat bejemaah. Punch kad meroh makngoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:54 PM | Show all posts
kalaulah KERAjaan PKR selangor tak batalkan projek canal city dulu

hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:58 PM | Show all posts
Hari rata2 ramai yang lambat masuk pejabat sebab tersangkut dalam kesesakan jalanraya disebabkan banjir kilat.  Boss pun faham sebab dia sendiri pun tersekat sama.  Banjir kilat makin kerap di Lembah Kelang ni sebab banyak construction sana sini.  Jalan pulak tak diselengara dengan baik.  Salur air tersumbat dari banjir dulu tu pun ada yang tak dibersihkan lagi mana tak mengundang.  Selain tu hari ni kan ada fenomena planet berbaris lurus awal subuh tadi.  Jadi ramai dah menjangka akan berlakunya banjir kilat nasib tak pakej  dengan tsunami.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:30 PM | Show all posts
Kl klu hari jumaat + hujan = mampooos
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo
Ni yang mak.iols bagi pagi tadi
Gila jeng kreng kaki wei..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Billion Pantai Timor Bandar Baru Bangi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050486 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list