CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 5

Simpan Mayat Anak Dalam Rumah Sampai Reput Sebab Tak Sanggup Berpisah

[Copy link]
Post time 24-6-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 80-an bertindak menyimpan jasad seorang lelaki yang dipercayai anak lelakinya selama seminggu di dalam rumah di sebuah flat di Singapura.


Mothership melaporkan, jiran di flat berkenaan mengatakan bahawa lelaki berusia 54 tahun itu kebiasaannya akan keluar rumah seawal jam 8.00 pagi untuk menjemur pakaian atau menyiram pokok bunganya.


Sungguh menghairangkan apabila sudah seminggu individu tersebut tidak melihat kelibatnya bahkan tidak menyangka bahawa lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.


Foto: FB




Seorang lagi jiran mendedahkan dia terhidu bau yang sangat busuk dan tengik sejak seminggu yang lalu tetapi tidak tahu dari mana puncanya.


Apabila bau itu semakin teruk, mereka membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada penghuni rumah berkenaan.


Ketika pihak polis masuk ke rumah terbabit, alangkah terkejutnya apabila mereka menemui jasad seorang lelaki yang sudah reput dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dan dihurung lalat.


Saksi menyatakan, si ibu dilihat mengalirkan air mata kerana mungkin agak berat baginya melihat anak kesayangan dibawa keluar daripada rumah terbabit.







"Sebaik sahaja pihak polis masuk ke dalam rumah, saya dengar warga emas itu menangis. Mungkin dia rasa berat hati anak dia diambil.


Saya rasa sedih tengok dia menangis. Lagipun anaknya yang ‘pergi’ dahulu berbanding ibunya."


Setelah pihak polis beredar, si ibu yang memakai baju tidur serta berkaca mata dirakam mula membersihkan kawasan rumah berkenaan. Malah tidak lama selepas itu, dia dibantu oleh seorang lagi wanita berbaju biru.


Difahamkan, wanita berkenaan dan anaknya itu sering menyepi dan tidak pernah bercakap dengan jiran. Malah, dia akan pulang ke rumahnya jika dia melihat penghuni flat lain berada di situ.


Sementara itu, kes berkenaan masih lagi berada dalam siasatan pihak polis untuk mencari punca di sebalik insiden terbabit. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...Moga gomen hantar nenek pegi rumah orang tua supaya ada yang boleh tengok, ada yang boleh jaga. Tak la depress duduk seorang lalu bunuh diri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:38 PM | Show all posts
Tak boleh terima kenyataan yang selalu menjaganya pulak pergi dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakar jer la dulu.simpan abu kat ruang tamu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:45 PM | Show all posts
mcm drama melayu hari tu - apa ke tajuk nya yg budak ni simpan mayat mak nya dlm peti ais
in real life pun terjadi gak but the other way round
oh dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list