|
Kuala Lumpur: Pintu hadapan premis dijadikan kedai kopi manakala pintu belakang pula dijadikan tempat persundalan.
Itu modus operandi dilakukan sindiket pelacuran di ibu kota bagi mengelakkan kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa.
Malah mereka juga hanya menjadikan lokasi itu sebagai tempat untuk mengambil pelacur secara pandu lalu.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, pihaknya mengesan modus operandi itu dijalankan di beberapa premis sekitar ibu kota ini.
Gambar Hiasan
"elanggan hanya mengambil wanita berkenaan di pintu belakang untuk dibawa ke hotel.
"Sindiket ini tetap akan beroperasi selagi kerana terdapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan boleh diambil mengikut Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
"Selain itu, premis terbabit juga boleh ditutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Jika terdapat pembinaan struktur dinding yang tidak sah, tindakan meroboh juga boleh diambil serta-merta," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|