Kuala Lumpur: Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) mengakui di Mahkamah Sesyen hari ini, beliau menggunakan orang tengah untuk menyerahkan RM2 juta yang diberi kod nama 'coklat' kepada Lim Guan Eng, kerana takut untuk memegang wang tunai dalam jumlah banyak.
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, yang juga saksi pendakwaan ke-23 berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada wang permintaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan iaitu 10 peratus keuntungan projek syarikat dianggarkan RM30 juta.
Zarul Ahmad berkata, Guan Eng memintanya menggunakan perantara jika ingin memberikan wang itu kerana tidak mahu membabitkan ahli perniagaan berkenaan akibat bimbang dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Foto: Harian Metro
Katanya, beliau mencadangkan ahli perniagaan dan 'orang' Barisan Nasional (BN) dikenali Gnanarajah atas faktor mempunyai kekebalan kerana mengenali Perdana Menteri pada masa berkenaan iaitu Datuk Seri Najib Razak serta bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
"Guan Eng pun setuju. Susulan itu, saya berhubung dengan Gnanarajah dan memberitahu mengenai hasrat untuk menggunakan beliau sebagai perantara untuk membuat bayaran kepada Guan Eng.
"ada Mei hingga Ogos 2017, saya menghubungi Gnanaraja untuk berjumpa dan berbincang mengenai penyediaan sebuah syarikat Special Purpose Vehicle (SPV).
"Saya memaklumkan kepadanya saya memerlukan perantara untuk membayar wang rasuah kepada Guan Eng. Ini kerana pada masa itu, saya sudah takut untuk memegang dan menyimpan wang tunai banyak kerana dalam perhatian SPRM. Saya juga turut dikecam dan ditohmah oleh beberapa pihak lain.
"Gnanaraja juga maklum bahawa saya adalah kontraktor dianugerahkan Projek 3 Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, manakala Guan Eng pula Ketua Menteri pada masa itu," katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengenai RM2 juta itu, Zarul Ahmad berkata, beliau memaklumkan kepada seorang lelaki dikenali Azli Adam untuk mengeluarkan wang itu, pada 17 Ogos 2017.
"Selepas urusan projek saya selesai di Pulau Pinang, saya ada menghubungi dan memaklumkan kepada Gnanaraja yang saya ingin bertemu dengannya pada keesokan hari.
"Saya juga beritahu Gnanaraja ingin menyerahkan 'coklat' kepada Gnanaraja untuk diberikan kepada 'big boss' (Guan Eng) melalui WhatsApp. Coklat itu bermaksud wang tunai," katanya.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.
Beliau dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.
Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. -CARI
bernama.com Pengarah ZCSB beri jam tangan Maurice Lacroix sempena hari jadi Lim Guan Eng
5-6 minutes
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata sekitar 2015, beliau membawa wang tunai RM100,000 yang diisi di dalam sampul surat putih serta jam tangan berwarna hitam ke pejabat Lim yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, di Tingkat 28, Menara KOMTAR.
“YB Lim Guan Eng dan saya sahaja di bilik beliau dan setelah duduk bersembang seketika, YB Lim ada bertanya mengenai projek terowong. Saya memberitahu kepada YB Lim yang sekarang masih lagi dalam peringkat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan.
Kemudian saya memberitahu YB Lim yang saya ada membawa hadiah untuk beliau sempena hari jadinya,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Saksi pendakwaan ke-23 berkata beliau kemudian menyerahkan wang RM100,000 dan jam tangan tersebut lengkap bersama kotak berwarna hitam kepada Lim, namun Lim memberikan kembali sampul putih berisi wang itu kepadanya dan hanya menerima jam tangan diberikan.
“YB Lim kelihatan gembira apabila menerima jam tangan dari saya dan selepas itu, saya beredar dari pejabatnya. Saya tidak pula melihat YB Lim memakai jam yang saya berikan itu. Saya tidak rasa apa-apa apabila YB Lim tolak pemberian wang RM100,000 tersebut,” katanya.
Zarul Ahmad berkata Lim tidak pernah meminta jam tangan itu sempena hari jadinya tetapi beliau sendiri membeli jam tangan itu menggunakan cek daripada akaun bank UOB Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, semata-mata untuk memastikan pelaksanaan projek terowong itu berjalan lancar dengan Kerajaan Pulau Pinang.
Sementara itu, Zarul Ahmad berkata sekitar Disember 2014, beliau memberikan wang RM100,000 yang diletakkan dalam satu sampul putih kepada Lim sempena ulang tahun kelahirannya di pejabat Lim.
“ Saya menyerahkan sampul putih itu kepada YB Lim dan beliau terima sampul putih yang berisi wang RM100,000 itu daripada saya setelah saya hulur kepadanya. YB Lim tidak bertanya apa kandungannya dan dia juga tidak menolak.
YB Lim kelihatan gembira setelah menerima sampul tersebut dan wang RM100,000 itu adalah sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh beliau daripada keuntungan syarikat saya,” katanya.
Menurut saksi itu, beliau memperolehi sumber wang daripada jualan tanah Lot 702 kepada Ewein Zenith Sdn Bhd milik Datuk Ewe Swee Kheng dan ZCSB telah menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui tanah Lot 702 setelah mendapat kelulusan kajian kebolehlaksanaan untuk tiga jalan utama.
“Saya menyimpan sebahagian daripada sumber tersebut dalam bentuk tunai untuk membuat sumbangan kepada YB Lim Guan Eng,” katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi Isnin depan.
Sekian lama kita bersama
Ternyata kau juga sama saja
Kau kira kupercaya semua
Sgala tipu daya oh percuma
Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana
Selamat tinggal sayang
Bila umurku panjang kelak ku kan datang
Tuk buktikan satu balas kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Kuingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia sia memang kau pantas dapatkan
Akhirnya usai sudah semua
Kudapat tertawa bahagia
Slalu tampak indah awalnya
Berakhir bencana
Selamat tinggal sayang
Bila umurku panjang kelak ku kan datang
Tuk buktikan satu balas kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Kuingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia sia memang kau pantas dapatkan
Ho ho kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana
Selamat tinggal sayang
Bila umurku panjang kelak ku kan datang
Tuk buktikan satu balas kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Kuingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia sia memang kau pantas dapatkan
Post time 24-6-2022 09:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tripleid at 24-6-2022 09:21 PM
Setakat tuduhan lisan modal pakai ayaq lioq ja ka??..takda ka bukti money trail juta2 masuk akaun mcm Jibby tuh??..mmg licik kan mainan politaik umngok
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-6-2022 09:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 24-6-2022 09:10 PM
Setakat tuduhan lisan modal pakai ayaq lioq ja ka??..takda ka bukti money trail juta2 masuk akaun ...
Main sampul2 nie... ini memang betul2 cara beri rasuah...
Dlm iklan rasuah kat tv pun main sampul ...jadi takda bukti money trail., Kalau masuk akaun tu memang diragui rasuah.....sebab penerima rasuah tak nak masuk dlm akaunnya terutama akaun sendiri....yg terima rasuah akan mintak duit tunai,
Post time 24-6-2022 10:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tripleid at 24-6-2022 11:06 PM
rashiman replied at 24-6-2022 09:46 PM
Main sampul2 nie... ini memang betul2 cara beri rasuah...
Dlm iklan rasuah kat tv pun main sampul ...
wak jahid pun dapat duit rasuah berjuta dlm envelope tp ko tetap mati2 x caya wak jahid dah ambik rasuah kan..cuma yg bezanya, kes wak jahid mmg ada bukti terang lg bersuluh ada money trail dia dah songlap duit yayasan akal budi dgn uksb tuh..beza dgn kes LGE ni takde apa2 bukti pun dia ada ambik duit selain tuduhan mulut semata2..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-6-2022 10:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kita rakyat malaysia masih lagi naif dgn org2 politik mcm ni...
dah tiba Malaysia utk ubah sistem... wakil2 rakyat tidak lagi dipilih utk diserapkan ke bahagian eksekutif.. menteri2 dipilih di kalangan mereka yg pakar di bhgn eksekutif
mereka yg ada di bhgn legislatif iaitu wakil2 rakyat... duduk di kerusi parlimen je.. takyah susah2 nak terlibat dlm pentadbiran negara.. elaun wakil2 rakyat dikurangkan dan tugas mereka hanya berhujah 24/7 di parlimen bagi menyampaikan suara rakyat.. tak perlu lagi dah nak bagi kuasa eksekutif kat diorg ni