View: 1621|Reply: 21
|
[Politik]
Biadab gelar Ismail Sabri PM paling lemah
[Copy link]
|
|
Seorang ahli parlimen PAS menganggap Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, sebagai seorang yang biadab apabila menggelar naib presidennya sendiri sebagai perdana menteri Malaysia paling lemah dalam sejarah.
Kata Ahmad Tarmizi Sulaiman, kritikan Nur Jazlan itu sangat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan tidak mendahulukan rakyat.
Menurut ahli parlimen Sik itu, Nur Jazlan sepatutnya bersabar dan menghormati keputusan Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri dalam menguruskan isu kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan da Komoditi, Zuraida Kamaruddin.
Tidak cukup dengan itu, Ahmad Tarmizi menganggap Nur Jazlan bertindak melulu dan seperti masuk bakul angkat sendiri dengan kenyataan yang dibuatnya kelmarin.
"Buat masa ini keperluan rakyat perlu didahulukan berbanding menimbulkan polemik bagi kepentingan politik sendiri.
"Perdana menteri telah bekerja sehabis daya bagi membantu rakyat dalam menangani isu setempat yang muncul disebabkan oleh bencana, dan pandemik secara global," katanya.
Inisiatif terbaru kerajaan, kata Ahmad Tarmizi, ialah bantuan kepada rakyat melalui program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bayaran Tunai Tambahan.
"Justeru, kenyataan yang tidak matang dan biadab itu menggambarkan beliau (Nur Jazlan) hanya menangguk di air yang keruh, dan hanya menyokong pihak pentadbiran hanya ketika dalam keaadaan yang selesa," katanya.
Kelmarin Nur Jazlan dipetik sebagai berkata, kelewatan Ismail Sabri membuat keputusan mengenai kedudukan Zuraida - yang meninggalkan Bersatu - menunjukkan kelemahan serta kecelaruan Ismail Sabri.
“Dia tidak boleh buat keputusan atau menegaskan kuasanya kerana menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu.
“Hakikat beliau lambat buat keputusan menunjukkan bahawa beliau mungkin sedang berlengah. Sudah lebih dua minggu (Zuraida) meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan dia masih dalam kabinet.
“Tidak pernah seorang perdana menteri Umno selemah ini dalam sejarah negara,” kata Nur Jazlan yang dipetik Free Malaysia Today.
Ahmad Tamizi berkata sebagai ahli parti dalam kerajaan, Nur Jazlan sepatutnya membantu memulihkan ekonomi dengan menyalurkan pandangan bernas, dan bukan asyik menuding jari kepada pihak lain.
"Maka, kepentingan asas rakyat perlu didahulukan berbanding kepentingan diri sendiri demi melestarikan kesejahteraan di dalam Malaysia," katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/625973
|
|
|
|
|
|
|
|
tidak mendahului rakyat? apa kejadah? korg nak begaduh tak perlu perguna rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 forum minum kopi kacip fatimah tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
u politicians are all the same! |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah..dah semua keputusan bukan dia buat. Dahla lamberttt |
|
|
|
|
|
|
|
pesal lak dia ni sibuk
nk bodek ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak ajak mael lambong masuk pas le tu |
|
|
|
|
|
|
|
jazlan ini uncle uqasha kan..
idayu adik jazlan tu sora sdp jgn tp xfemes..tiberrr..ok byee..
aritu i terrrjumpa/ ternampakkk datuk jazlan ni..mcm ter hensem pulakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
pas ni camtu la..jilat sana jilat sini
baru jadi kerajaan sekali terus naik tocang..kalau tak, memang melukut tepi gantang je |
|
|
|
|
|
|
|
Mendahulukan rakyat mbah kau la...rakyat konon....hark tuihh |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 25-6-2022 10:24 AM
jazlan ini uncle uqasha kan..
idayu adik jazlan tu sora sdp jgn tp xfemes..tiberrr..ok byee..
aritu ...
Jazlan ni anak wak rahmat tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
After this your PM will be KJ.
They promise him already. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon nitizen yg komen biadap terhadap pm lemah jadi pm plak.. Entah2 ko 10 x lagi lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 25-6-2022 02:57 PM
Jazlan ni anak wak rahmat tu kan?
alamak sis salah org..ok bye |
|
|
|
|
|
|
| |
|