CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1435|Reply: 30

[Tempatan] Domino’s Pizza Malaysia Meraikan Anda Dengan 25,000 Piza Percuma

[Copy link]
Post time 25-6-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Unik & Melazatkan, 25 Tahun Dominasi RASA Domino’s!

Beza dengan rangkaian jenama piza yang lain, Domino’s sering tampil dengan idea dan rasa yang sentiasa bereksperimentasi, kreatif dan inovatif dalam mencipta menu mereka untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan sepanjang 25 tahun kewujudannya di Malaysia, Domino’s adalah salah satu perintis dalam mencipta menu inovatif yang memikat selera rakyat di negara ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2022 02:09 PM | Show all posts
1998 – Crunchy Thin Crust

Di awal kemunculan Domino’s memperkenalkan piza Crunchy Thin Crust yang mana mereka adalah antara jenama pertama memperkenalkan kerak yang nipis dan rangup.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:09 PM | Show all posts
2000 – Domino’s Spicy Sambal dan Flaming Tuna

Jika diimbau pada tahu 2000, Domino’s yang tahu akan cita rasa Malaysia iaitu yang terkenal dengan tahap kepedasan yang berbeza itu tampil dengan dua jenis rasa yang unik iaitu Spicy Sambal dan Flaming Tuna.

Spicy Sambal didatangi dengan gabungan keunikan Malaysia iaitu ditaburi dengan cebisan ayam, ikan bilis, cili merah, cili hijau dan bawang. Sementara Flaming Tuna dengan ketulan tuna, bawang besar di atasnya bersama cili merah. Bersedia untuk memenuhi rasa pedas anda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:10 PM | Show all posts
2000 – Spaghetti Chicken Bolognese dan Premium Ice Cream

Dalam tahun 2000 juga Domino’s turut memperkenalkan menu baharu selain piza iaitu Spaghetti Chicken Bolognese dan juga pencuci mulut pertama iaitu ais krim premium berperisa coklat dan vanilla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:10 PM | Show all posts
2001 – Cinnastix dan Chicken Lasagna

Tahun berikutnya, Domino’s teruskan lagi dengan menawarkan menu baharu yang merupakan pencuci mulut kedua iaitu CinnaStix dan Chicken Lasagna

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:10 PM | Show all posts
2002 – Banana Kaya Dessert

Buat pertama kalinya juga, Domino’s antara yang pertama memperkenalkan gabungan piza dan pisang pada tahun 2002. Pengenalan pencuci mulut Banana Kaya Dessert, produk yang benar-benar unik di Malaysia.

Pencuci mulut Banana Kaya Dessert dan experimentasi ini berjaya serta menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia sehingga kini. Piza yang dibakar dalam ketuhar dengan hirisan pisang segar, pandan kaya manis, atasnya bersama keju dan tabur gula aising sungguh mengasyikkan. Wajib cuba!


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2022 02:10 PM | Show all posts
2004 – Double Decker Crust

Pada tahun ini buat pertama kalinya dua tingkat lapisan kerak pizza dilancarkan iaitu Double Decker Crust! Ia satu kelainan dan menjadi kegemaran ramai!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:10 PM | Show all posts
2008 – New York Crust

Kerak klasik iaitu New York Crust secara tradisinya diuli serta dilambung dengan tangan, membentuk kerak lebar yang tidak terlalu nipis. Ia lebih tebal sedikit daripada kerak nipis biasa dan mempunyai tekstur lembut yang sempurna, manakala tepi yang garing memberikannya kerangupan yang memuaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2022 02:11 PM | Show all posts
2008 – Domino’s Awesome Foursome

Domino’s memperkenalkan Domino’s Awesome Foursome di mana rakyat Malaysia boleh menikmati 4 perisa dalam satu masa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:11 PM | Show all posts
2008 – Top Secret Sauce, Classified chicken, Tuna Temptation dan Vegie Fiesta

Pada awal kemunculan Domino’s juga melancarkan sos ‘top-secret’ yang menarik minat rakyat Malaysia. Domino’s memperkenalkan 3 piza baharu – Classified Chicken, Tuna Temptation dan Vegie Fiesta.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:11 PM | Show all posts
2010 – Crazy Chicken Crunchies dan Roasted Chicken Drummets

Bukan itu sahaja, pada tahun 2010, Domino’s memperkenalkan Crazy Chicken Crunchies Perisa Asli dan Ayam Panggang iaitu Roasted Chicken Drummets. Pesanan sampingan ayam Drummets yang telah menjadi kegemaran Malaysia sepanjang masa.

Crazy chicken crunchies ini mempunyai rasa asli yang lazat. Tender potongan dada ayam diperap dan dilapisi tepung roti kemudian dibakar dengan sempurna. Manakala Drummet Ayam Panggang pula drummet ayam yang diperap dalam oregano kering, lada hitam dan bawang putih kemudian dibakar hingga sempurna.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:11 PM | Show all posts
2011 –  Cheese Burst Double Decker

Cheese Burst Double Decker ini merupakan dua kerak nipis rangup dengan lapisan sos keju cheddar berkrim di tengah-tengahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:12 PM | Show all posts
2012 – Extreme Edge Pizza Crust

Pada tahun itu, Domino’s memperkenalkan kerak piza Extreme Edge serba baharu yang disumbat dengan keju bertali Mozzarella, bawang putih dan herba untuk rasa cheese yang melampau dan ditaburi dengan campuran serbuk roti, keju parmesan dan pasli di bahagian luar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:12 PM | Show all posts
2013 – Domino’s Sambal Surf & Turf, Tropical Sambal Prawn dan Sambal Veggie

Bagi memenuhi selera penggemar sambal lagi , pada tahun 2013 Domino’s meluaskan rangkaian Piza Sambal Surf & Turf - Udang yang diperap dalam herba dan rempah ratus, ayam cincang, nanas dan lada hijau pada sos sambal baharu dan asli Domino’s.

Selain itu Piza Tropical Sambal Prawn pula ditaburi juga udang yang diperap dalam herba dan rempah ratus, bawang segar, nanas, cili merah pada sos sambal baru dan asli Domino’s. Sementara Piza Sambal Vegie pula atasnya ditaburi cendawan segar, lada hijau, bawang, buah Zaitun matang dan tomato ceri dan sos sambal baru dan aslinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:12 PM | Show all posts
2013 – Cheesy Pan Pizza

Kerak Pizza Cheesy Pan yang diperkenalkan pada tahun 2013, dengan adunan 3 keju Mozzarella, Cheddar dan keju Parmesan, dengan 40% lebih keju daripada piza biasa, dengan kerak mentega yang ringan, semuanya dibakar dengan sempurna.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:13 PM | Show all posts
2015 – New Cheese Burst Crust

Domino’s mempersembahkan satu kelainan yang unik dengan pelancaran perisa New Cheese Burst Crust untuk memenuhi dan menggoda selera yang sedap.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2022 02:13 PM | Show all posts
2016 – Puff Crust Pizza dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake

Domino’s memperkenalkan piza Puff Crust unik pertama di negara ini bersama Peanut Butter Chocolate Lava cake.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:13 PM | Show all posts
2016 – Domino’s Fabulous Four

Domino's menawarkan Fabulous Four iaitu set yang lazat dan lengkap yang disertakan dengan Roasted Chicken Drummets, Domino's Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Domino's Mini Cinnadots.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:13 PM | Show all posts
2017 – Cheese Tarik Crust

Domino's memulakan "A Cheese Tarik Challenge" sempena Pelancaran Cheese Tarik Crust. Dengan keju cheddar yang diselitkan dalam kerak serta ditaburkan parmesan dan dibakar dengan kesempurnaan cair keemasan, Cheese Tarik Crust dibuat dengan segar untuk setiap tempahan.

Dengan isian keju cair yang meleleh keluar dari kerak rangup sambil memberikan tekstur yang lembut, elastik dan bertali pasti membuatkan anda ingin "menarik" untuk mendapatkan lebih banyak lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 02:14 PM | Show all posts
2018 – Domino’s Samyeang Pizza

Suntikan rasa Korea bagi mengikut trend peminat drama Korea dan K-Pop juga diperkenalkan dalam satu menu Domino’s pada tahu 2018 iaitu Samyeang Pizza. Trio Samyeang Pizza terdapat dalam 3 perisa: Ayam, Tuna, Daging Lembu dan Ayam Haseyo yang lazat.

Menu masa terhad ketika itu disediakan bagi memberi kelainan kepada citarasa anda dengan adunan unik sos Samyeang yang padat dengan sensasi pedas yang mengujakan. Ia menyemarakan lagi selera anda dengan merasai masakan Korea terhangat dan sensasi.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list