View: 679|Reply: 4
|
[Dunia]
Isu gaji tak setimpal. Puluhan ribu pekerja di UK mogok. Kereta api, penerbangan hampir lumpuh
[Copy link]
|
|
Mogok pengangkutan baru melanda UK, tanah besar Eropah
Jun 25, 2022 @ 9:31pm
LONDON: Sistem kereta api Britain sekali lagi terhenti dan penerbangan di Eropah terganggu apabila mogok dalam sektor pelancongan melanda benua itu, hari ini.
Berpuluh-puluh ribu pekerja kereta api di United Kingdom (UK) melakukan tindakan mogok sepanjang hari hingga menghalang rancangan hujung minggu orang ramai.
Hanya kira-kira satu perlima perkhidmatan beroperasi pada waktu sangat terhad dan beroperasi lebih lewat pada waktu pagi daripada biasa, tamat seawal jam 6.30 petang (waktu tempatan).
Kesatuan kereta api RMT menegaskan tindakan mogok itu perlu berikutan gaji yang tidak seiring dengan inflasi UK, yang telah mencecah paras tertinggi sepanjang 40 tahun dan dijangka terus meningkat.
Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch, berkata ahlinya bertahan untuk mendapatkan kenaikan gaji dan jaminan pekerjaan.
"Dalam ekonomi moden, pekerja perlu diberi ganjaran sewajarnya untuk kerja mereka, menikmati keadaan yang baik dan mempunyai ketenangan fikiran bahawa pekerjaan mereka tidak akan diambil dari mereka," katanya.
Ketua Eksekutif Network Rail, Andrew Haines, berkata keputusan RMT untuk melaksanakan satu lagi tindakan mogok yang tidak perlu bermakna penumpang akan berdepan kesusahan.
"Sebahagian kecil kereta api akan beroperasi dengan kereta api bermula lewat pada waktu pagi dan berakhir lebih awal pada waktu petang," katanya.
Britain, seperti kebanyakan Eropah, mengalami inflasi yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil, meningkatkan prospek mogok musim panas di seluruh benua.
Kakitangan dari syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair melancarkan mogok di Sepanyol, Itali, Perancis, Portugal dan Belgium hari ini, memaksa pembatalan dua penerbangan antara Lisbon dan Brussels.
Sektor penerbangan sedang bergelut untuk pulih daripada pandemik COVID-19, yang membawa kepada pemberhentian besar-besaran apabila perjalanan antarabangsa ditangguhkan.
Berhadapan dengan kekurangan kakitangan, Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam terpaksa mengumumkan awal bulan ini bahawa ia akan mengehadkan bilangan pengembara pada musim panas ini dan membatalkan penerbangan.
Kekurangan itu telah menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan, manakala jumlah barisan menunggu telah menimbulkan kemarahan pelancong. - AFP
sumber: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu sgt dengar mogok2 mcm ni dlm sektor pengangkutan di barat sejak dulu. Setiap kali dorang mogok, mmg demand mereka berjaya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bangla,indon,myanmar,nepal,rohingya...apa tunggu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu kena masa nak g Germany...
tren dari Armsterdam ke Munich mogok..
ramai la stranded kat station tu mcm gelandangan...
pas tu pihak tren dorang provide accomodation utk mlm tu...
bilik 2 org mmg selesa bekpes pun sedap...
tapi dah rugi 2 hari perjalanan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat betul diorang punya union |
|
|
|
|
|
|
| |
|