CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5004|Reply: 64

[Tempatan] Tiga beranak dikhuatiri lemas, kereta terjunam dalam sungai

[Copy link]
Post time 26-6-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Baling: Nasib tiga beranak masih belum diketahui selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tiga mangsa terbabit adalah Mashitoh Ibrahim, 37, dan dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq Sharudin, 5.

Beliau berkata, Mashitoh adalah guru agama di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala Ketil.

"Insiden membabitkan kereta disyaki terbabas dan terjatuh ke dalam sungai dan bot penyelamat dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya yang sedang cuba mengesan mangsa di dalam sungai.

"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 6.42 petang hari ini.

Beliau berkata, keadaan sungai itu berarus deras manakala tebingnya agak tinggi iaitu tiga meter selain kedalamannya melebihi tiga meter.

Katanya, operasi turut dibantu beberapa bot penduduk kampung yang turut membantu dalam pencarian kenderaan itu.

"Tindakan anggota penyelamat adalah dengan melakukan kerja pencarian di permukaan air namun masih belum dapat mengesan kedudukan kenderaan terbabit.

"Pasukan penyelamat juga turut mendapatkan bantuan bot penduduk kampung untuk menyusuri sungai bagi mencari dan menyelamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah sudah dimaklumkan kejadian itu untuk membantu pencarian.

Disiarkan p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2022 10:33 AM | Show all posts
aling: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang menyebabkan tiga beranak meninggal dunia selepas Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani -Baling, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku pada 6.30 petang semalam yang membabitkan sebuah Proton Persona dari arah Kuala Ketil menghala ke arah Sungai Petani.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ke kiri jalan dan terbabas lalu jatuh ke dalam Sungai Muda sempadan Baling dan Sungai Petani.

"Kesemua mangsa ditemukan berada di dalam kereta yang tenggelam dalam sungai berkenaan dan kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Masyitoh Ibrahim, 37, guru agama Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, manakala dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq, 5.

Katanya, kedua-dua murid berkenaan masih belajar di prasekolah dan di tahun satu sekolah sama.

"Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan bedah siasat akan dilakukan selepas memperoleh keputusan ujian Covid-19," katanya.

Beliau berkata, kereta Proton Persona itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya sedang mengesan saksi kejadian itu untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian petang semalam, sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki tiga beranak itu terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2022 10:34 AM | Show all posts
Baling: "Arwah seorang kakak yang ceria dan sangat baik, malah dua anaknya sangat rapat dengan ibu mereka, nak ke mana-mana pun mereka mesti bersama," kata Mohd Asyraf Ibrahim, 34.

Mohd Asyraf adalah adik kepada Masyitoh Ibrahim, 37, yang meninggal dunia selepas Proton Persona yang dinaiki bersama dua anaknya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Muda di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani - Baling, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah kakaknya itu pada sambutan Aidilfitri lalu dan hubungan mereka seperti biasa.

Katanya, dua anak saudaranya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, pula seorang anak yang baik dan memanggilnya dengan gelaran pak cik.

"Cuma ketika kejadian, dua beradik itu mengikut ibu mereka ke program gotong-royong di sekolah mereka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, manakala abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut.

"Saya terkejut dengar berita yang menimpa mereka melalui salah seorang abang saya dan bergegas ke sini dengan harapan mereka ditemukan selamat tapi reda apabila mereka disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian tiga beranak itu di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani - Baling, dekat sini, hari ini.

Menurut Mohd Asyraf, sebelum ini, arwah kakaknya menetap di Pekan Kuala Ketil dan baru berpindah ke Sungai Petani.

Katanya, jenazah tiga beranak itu dijangka dikebumikan di kampung halaman mereka di Bukit Pinang di Alor Setar sejurus selepas urusan bedah siasat selesai.

Katanya, dia dimaklumkan yang arwah dalam proses berpisah dengan suaminya dan dua daripada tiga anaknya itu menetap dengannya, manakala yang sulung tinggal bersama bekas suaminya.

Sementara itu, bapa dua kanak-kanak terbabit, Sharudin Aziz, 51, gagal menahan sebak sebaik melihat jasad dua anaknya itu dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 7 malam selepas rakannya memberitahu ternampak nombor pendaftaran kereta seakan nombor kenderaannya.

"Saya bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku kerana ada saksi nampak kereta itu hanyut dan tenggelam dalam sungai," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 10:35 AM | Show all posts
siapa yang drive sebab jumpa depa berpelukan di seat belakang
Atau masa tu dia sempat ke belakang nak selamatkan anak2 dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
@slavehunter : Another 1 pengsan while driving?  Cekgu so konfem cucok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-6-2022 10:38 AM
@slavehunter : Another 1 pengsan while driving?  Cekgu so konfem cucok..

Pengsan heart attack Vaccident ni memang rampant sekarang.
Kalau ada more info kita tepek nanti, tapi so far status Cikgu or Ustazah tu memang diconsider as Front liner during pandemic or Penjawat Awam yang telah di mandate.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 26-6-2022 11:55 AM
slavehunter replied at 26-6-2022 11:09 AM
Pengsan heart attack Vaccident ni memang rampant sekarang.
Kalau ada more info kita tepek nanti,  ...

Semakin menjadi2.  Masih ade lagi yang in denial..  Prevention is better than cure.  Anyway the impact itself can wake her up kan sis?  If she was found to have scooted to the backseat after having fainted.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..sedihnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 11:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihirojiun


For real???accident kereta related dgn pengambilan vaksin??? Sedihnya hidup kau
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-6-2022 11:53 AM
Semakin menjadi2.  Masih ade lagi yang in denial..  Prevention is better than cure.  Anyway the imp ...

Tapi katanye tak impact divider jambatan elok lagi, maybe more to cruising terbabas terjunam.
Lebih baik kita jangan kaitkan dengan cecair suci tu, dah ada yang sentap.

Only in Malaysia itu maksum dan dipelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahi wainna ilaihi raajiun. sedihnya ditemui berpelukan, mcmn agaknya perasaan laki dia dlm proses perceraian rupanya cerai mati dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-6-2022 11:53 AM
Semakin menjadi2.  Masih ade lagi yang in denial..  Prevention is better than cure.  Anyway the imp ...

Comment I yang ni tiada kaitan dengan kes ni.

Semakin menjadi jadi yang Sis tumpang kata ni memang rampant, ada yang sempat parking kat tepi jalan then just die. Ada juga lorry sempat parking tepi jalan dan just Ambulance ambik.

Sads vaccident.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 01:09 PM | Show all posts
Innalillahi...

ada apa dengan nama 'Muhammad Ziyad' ?

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 02:20 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung yg tak sempat jd ex husband tu...dpt pencen arwah isteri
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-6-2022 10:38 AM
@slavehunter : Another 1 pengsan while driving?  Cekgu so konfem cucok..

Jln tu ada curve sikit...hence rasa itu sebab accident. Dia sempat pi belakang utk selamatkan anak2 tp tak blh bukak pintu. Then dia peluk anak2 ketka hujung nyawa tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 26-6-2022 03:13 PM
Untung yg tak sempat jd ex husband tu...dpt pencen arwah isteri

Moga dia x dapat........
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 26-6-2022 03:15 PM
Jln tu ada curve sikit...hence rasa itu sebab accident. Dia sempat pi belakang utk selamatkan anak ...

X boleh bayangkan...sedih betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.106411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list