|
Seorang siak masjid berumur 47 tahun diberkas pihak polis selepas didakwa mencabul tiga kanak-kanak lelaki di Depok.
Lapor Tribunnews, Ketua Siasatan Jenayah Polis Depok, Yogen Heroes Baruno mendedahkan kejadian berlaku sekitar pukul 9.00 malam, 21 Jun lalu.
Hiasan
Jelasnya, ibu bapa mangsa berusia 13 taun dan penduduk menangkap individu yang disyaki mencabul kanak-kanak di bawah umur.
“Supek kemudian dibawa ke balai polis oleh orang ramai.
“Mengikut keterangan, siak itu mengaku melakukan tindakan pencabulan dengan tujuan untuk rawatan ruqyah mangsa.
“Mangsa dikatakan mempunyai masalah dalaman sebelum lelaki itu menawarkan diri untuk rawatan tersebut dan dibawa ke tempat tidur,” katanya.
Yogen berkata, siak tersebut mencabul mangsa di tempat tidur tersebut dan mangsa mengadu kepada ibu bapanya.
Setelah dijalankan siasatan, pihaknya mendapati terdapat dua kanak-kanak lain yang menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu tetapi mereka tidak melaporkan kejadian tersebut.
Sumber: Utusan |
|