PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang mendakwa dirinya diserang seorang individu ketika cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini telah tampil membuat laporan polis.
Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat Lufya kira-kira pukul 6.59 pagi tadi di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.
“Kita baru sahaja terima laporan, perkembangan siasatan akan dimaklumkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, pihak polis meminta Lufya untuk tampil membuat laporan mengenai dakwaan cubaan culik anak perempuannya untuk siasatan lanjut.
Sebelum itu, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.
Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.
Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara.
Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku.
Dalam pada itu, Lufya juga menekankan orang ramai harus sentiasa berwaspada selain memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya. – UTUSAN
PeTALING JAYA – Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
“Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.
Sumber SinarHarian
PELAKON Lufya Omar berdepan situasi mencemaskan apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu.
Berkongsi situasi genting itu, Lufya atau Lufyah Sheikh Omar berkata, demi mempertahankan anaknya itu, dia telah dipukul menggunakan sebatang kayu di bahagian wajah dan badan yang telah menyebabkan kecederan pada wajah dan badannya.
“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.
Lufya lega anak kesayangannya tidak diapa-apakan.
“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya,” kongsinya.
Bagaimanapun Lufya, 37, bersyukur dirinya selamat daripada serangan tersebut dan paling penting anaknya berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter!,” katanya.
Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.
Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya selain memuat naik beberapa gambar memperlihatkan wajah dan pergelangan tangannya yang cedera.
Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Lufya turut menggesa para wanita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu seni mempertahankan diri agar dapat melindungi keselamatan diri dan keluarga apabila berlaku situasi cemas.
Pergelangan tangannya turut mengalami lebam.
“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.
“Syukur Alhamdulillah… Moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji.
“Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” tulisnya.
https://www.keluarga.my/lufya-cerita-detik-cemas-dipukul-dengan-kayu-lelaki-cuba-culik-anak/